Connect with us

Oh! Media

Tular Video Kereta Tesla Tiba-Tiba Terbakar Di Puchong

Ohmedia  Tesla

Oh! Tidak

Tular Video Kereta Tesla Tiba-Tiba Terbakar Di Puchong

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan sebuah kereta jenis Tesla Model Y yang diparkir di tepi jalan tiba-tiba terbakar di Jalan Puchong Jaya, Puchong, Selangor.

Menurut penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.32 malam, Selasa lalu.

Difahamkan, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong digerakkan ke lokasi kejadian.

IKLAN

Setibanya di lokasi, bomba mendapati ia melibatkan sebuah kereta jenis Tesla yang terbakar sebanyak 70 peratus dan tidak melibatkan mangsa.

Kebakaran bagaimanapun berjaya dipadamkan bomba sepenuhnya dan diserahkan kepada pihak forensik untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, pemilik kenderaan itu parkir seketika untuk pergi makan.

BACA: Tesla Model 3 Dilancarkan Di Malaysia Dengan Harga Jualan Serendah RM189,000

Terdahulu, Tesla Model 3 mula dilancarkan di Pavillion Damansara Height, Malaysia dengan harga serendah RM189,000.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.
  • Ohmedia  Tesla
  • Ohmedia  Tesla

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas