Connect with us

Oh! Media

Tular Rakaman Remaja Lelaki Dibelasah, Rupanya Salah Seorang Pembuli Cemburu Mangsa Rapat Dengan ‘Awek’ Dia

Oh! Tidak

Tular Rakaman Remaja Lelaki Dibelasah, Rupanya Salah Seorang Pembuli Cemburu Mangsa Rapat Dengan ‘Awek’ Dia

Semalam tular satu video menunjukkan tujuh remaja sedang membelasah seorang rakan mereka dipercayai berlaku di Johor Bahru.

ADVERTISEMENT

Kalau korang tengok video itu, mangsa yang berusia 15 tahun telah dipukul oleh tujuh pelaku yang masing-masing berusia antara 14 sehingga 17 tahun.

Menurut laporan Buletin TV3, kejadian tersebut berlaku pada 9 Ogos di Taman Bestari Indah dimana mangsa dilaporkan memgalami lebam di tangan kiri dan kanan, bengkak di paha kanan dan sakit di seluruh badan. Allahu, kesian betul.

Mangsa telah membuat laporan polis dan kejadian tersebut dipercayai berlaku kerana berebut teman wanita dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat.

Hasil siasatan mendapati salah seorang daripada pembuli marah dengan mangsa kerana berkawan dengan aweknya.

Menurutnya lagi, suspek utama dan mangsa bersekolah di sekolah yang sama namun enam lagi suspek di sekolah yang lain.

Kesemua mereka telah ditahan di lokasi yang berbeza oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan.

Polis turut merampas beberapa barangan lain dan ketujuh-tujuh suspek dibawa ke Mahkamah Johor Bahru untuk proses reman hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksima dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Kredit: Buletin TV3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas