Connect with us

Oh! Media

Tular Isu ‘Scammer’ Tudung Fazura, Pemilik Gambar Tampil Beri Penjelasan

Trending

Tular Isu ‘Scammer’ Tudung Fazura, Pemilik Gambar Tampil Beri Penjelasan

Baru-baru ini, pelakon tanah air, Fazura telah menzahirkan rasa syukur selepas tudung jenamanya mendapat sambutan sehingga terjual 80,000 helai dalam masa 2 jam.

ADVERTISEMENT

BACA: Bengang Jenama Tudung Dijadikan Bahan ‘Scammer’, Fazura Mohon Si Penipu Bertaubat

Disebalik kegembiraan itu, pelakon itu turut berasa kesal kerana terdapat individu yang tidak bertanggungjawab menggunakan tudungnya untuk kegiatan menipu.

Perkara itu dimuat naik di laman Instagramnya dengan mendedahkan tipu muslihat scammer tersebut beserta gambar dipercayai individu berkenaan.

Pemilik gambar tampil beri penjelasan

Berhubung dengan kejadian itu, seorang peniaga produk kecantikan telah tampil memberikan penjelasan berkaitan dirinya yang dipercayai menjadi dalang disebalik kejadian itu.

Namun, dia dengan pantasnya menafikan perkara itu dan mengakui terdapat individu yang tidak bertanggungjawab menggunakan gambarnya bagi melakukan kegiatan tersebut.

Dia yang dikenali sebagai Noor Fadilah Mohamad, 34, berkata, dia mengetahui perkara tersebut pada isnin lalu setelah diberitahu rakannya.

Menurutnya, dia diberitahu selepas rakannya melihat akaun Instagram dan WhatsApp yang menggunakan gambar serta namanya untuk menjual tudung artis tersebut.

Saya menafikannya kerana tidak menggunakan Instagram (IG) untuk sebarang urus niaga.

Saya hanya menggunakan media sosial Facebook (FB) untuk menjual produk kecantikan jenama sendiri dan mengimport produk dari China secara sah sejak dua tahun lalu.

Buat laporan polis

Menurut laporan Kosmo, Noor Fadilah telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung pada selasa lalu sebelum Fazura memuat naik gambar tersebut di Insta Story miliknya.

Dia yang merupakan pemilik syarikat ASKED Enterprise bertindak sedemikian bagi membersihkan namanya dari digelar seorang peniaga yang menipu.

Saya pemilik syarikat ASKED Enterprise yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mahu membersihkan nama saya yang tidak terlibat dalam sebarang urus niaga berunsur penipuan.

Tambahnya lagi, perkara itu menyebabkan emosinya terganggu selain bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga selepas identitinya dikongsikan kepada orang ramai.

Ujarnya, walaupun gambar serta nama yang digunakan adalah sama, tetapi nombor telefon dan akaun bank tersebut bukanlah miliknya.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas