Connect with us

Oh! Media

Bengang Jenama Tudung Dijadikan Bahan ‘Scammer’, Fazura Mohon Si Penipu Bertaubat

Oh! Artis

Bengang Jenama Tudung Dijadikan Bahan ‘Scammer’, Fazura Mohon Si Penipu Bertaubat

Baru-baru ini, pelakon tanah air, Fazura telah mengumumkan berita gembira yang mana jualan tudungnya mendapat sambutan yang hangat daripada masyarakat.

ADVERTISEMENT

BACA: Niat Membantu, Fazura Sebak Tudung Bernilai RM2.16 Juta ‘Sold Out’

Mana tidaknya, jualan tudung jenama Fazura itu sebanyak 80,000 helai telah terjual dalam masa 2 jam membuat dia berasa sebak dengan sokongan yang diterimanya.

Turut mendapat perhatian ialah harga yang dikenakan bagi sehelai tudung yang berjumlah RM 27 dengan niat membantu orang ramai yang terkesan kerana pandemik.

Tudung Fazura jadi modal scammer

Selepas beberapa hari meraih kejayaan luar biasa dengan kutipan sebanyak 2.16 juta, terdapat pula pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan menipu orang lain.

Perkara itu dikongsikan oleh Fazura di laman Instagram melalui Insta Story dengan memuat naik bukti perbualan jahat penipu berkenaan.

insta story fazura

Menurut Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura binti Sharifuddin, 37, perbuatan itu sudah lama dilakukan sejak beberapa bulan lalu, namun semakin mengganas sejak akhir-akhir ini.

Dia dah amik banyak duit orang dan dia gunakan bahan macam katalog untuk menipu ramai orang

Dia pujuk pelanggan dengan menyatakan stok masih ada walaupun sebenarnya koleksi yang didakwanya itu sudah lama kehabisan stok.

Tambahnya lagi, penipu itu turut meminta pembeli membayar dengan cara transaksi sebelum menyekat nombor pelanggannya yang sudah membuat bayaran.

Mohon si penipu segera bertaubat

Disebalik kekecewaannya dengan tindakan individu tersebut, Fazura juga memohon agar si pelaku segera bertaubat dan memulangkan kembali wang yang ditipunya.

Selain itu, dia juga turut menunjukan wajah di pelaku. Namun tidak dapat dipastikan sama ada gambar tersebut adalah asli ataupun palsu.

Insta story Fazura

Saya tak tahulah apa awak rasa bila menipu orang. Siap ada gambar konon sedang membungkus parcel. Sedangkan orang mengharapkan untuk dapat tudung itu dan pakai.

Taubatlah, tolonglah. Kalau ada rasa bersalah dalam hati awak, tolonglah bertaubat. Pulangkan semula duit pelanggan dan ejen-ejen saya.

Suami kepada pelakon Fattah Amin itu turut memohon maaf kepada pelanggan yang menjadi mangsa penipuan individu itu selain mencadangkan mereka membuat laporan polis secepat mungkin.

Kredit: Insta Story Fazura I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas