Connect with us

Oh! Media

Tular Dua Petugas ‘Sanitize’ Tren Sambil Lewa, Rapid KL Buat Permohonan Maaf

Trending

Tular Dua Petugas ‘Sanitize’ Tren Sambil Lewa, Rapid KL Buat Permohonan Maaf

Baru-baru ini tular di media sosial memaparkan video dua petugas pembersihan yang melakukan tugas sanitasi di dalam tren Rapid KL secara sambil lewa.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Wanita Maki Pemandu Bas RapidKL Hanya Kerana Brek Kecemasan

Menerusi video berdurasi 7 saat itu, dilihat dua pekerja tersebut seakan-akan mencuci secara ala kadar sehingga tidak mengelap keseluruhan permukaan seperti bahagian pemegang tangan menggunakan cecair pembasmi kuman.

Perkara itu sempat dirakam oleh seorang individu yang menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap cara pekerjaan pekerja itu sehingga mendapat kecaman daripada netizen.

Rapid KL tampil mohon maaf

Berhubung dengan kejadian itu, Rapid KL dalam satu kenyataannya telah tampil memohon maaf atas insiden melibatkan kelalaian petugas pembersihan itu.

Kenyataan itu dikongsikan melalui laman Facebook rasmi miliknya yang mengakui kesilapan itu dan memohon maaf kepada semua penumpang atas kegelisahan, kebimbangan dan kemarahan yang timbul akibat penyebaran video berkenaan.

Dalam video tersebut, ejen pembersih kami dilihat menjalankan tugas pembersihan ketika tren kami tiba di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Ampang yang merupakan stesen terakhir Laluan LRT Ampang dan Sri Petaling.

Namun video tersebut menunjukkan tugas pembersihan dilakukan dengan tergesa-gesa serta tidak memuaskan mengikut peraturan pencegahan Covid-19 yang ditetapkan Rapid KL.

Menurutnya, Rapid KL telah mengambil tindakan pantas dengan menegur petugas yang terlibat di samping membincangkan tindakan yang sesuai agar kejadian sama tidak berulang lagi.

Tindakan tatatertib telah diambil

Dalam pada itu, syarikat kontraktor pembersihan RnD Resources Sdn. Bhd. dalam satu kenyataan akhbar berkata, tindakan tatatertib telah diambil kepada kakitangan terbabit.

Pihak kami memohon maaf kepada pengguna LRT Laluan Ampang dan Rapid KL atas kekhilafan kakitangan pembersihan kami dalam melaksanakan kerja-kerja sanitasi tren.

Kami memandang serius serta amat kesal dengan kejadian tersebut dan mereka akan diberi latihan semula dengan selengkapnya sebelum dibenarkan bertugas seperti biasa.

Mengakhiri kenyataan itu, pihak mereka sekali memohon maaf dan akan memberikan jaminan terhadap kualiti kerja pembersihan dalam membasmi wabak pandemik.

Kredit: Facebook RapidKL I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas