Connect with us

Oh! Media

Polis Tahan Lelaki Rampas Beg Tangan Ketika Bergaduh Kerana Kemalangan

Trending

Polis Tahan Lelaki Rampas Beg Tangan Ketika Bergaduh Kerana Kemalangan

Semalam, tular rakaman video memaparkan seorang lelaki mengamuk meminta kad pengenalan seorang wanita yang terlanggar keretanya dipercayai untuk tujuan laporan polis.

ADVERTISEMENT

Disebabkan enggan memberikan kad pengenalan seperti yang diminta, lelaki tersebut mengambil tindakan yang agak mengejutkan dengan merampas beg wanita itu.

BACA: Berhenti ‘Mengejut’ Beli Jeruk Mangga, Pemandu Waja Dikecam Jadi Punca Kemalangan

Terbaru, Harian Metro melaporkan lelaki tersebut telah ditahan polis untuk membantu siasatan.

Suspek ditahan ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam untuk melaporkan kejadian kemalangan jalan raya yang menimpanya.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, kemalangan membabitkan tiga kenderaan itu berlaku di kilometer 14.6 Lebuhraya Persekutuan dari arah Klang ke Kuala Lumpur kira-kira jam 1.33 tengah hari.

Kejadian berlaku apabila wanita yang memandu kereta BMW terlanggar belakang sebelah kanan kereta Proton Gen 2 dipandu lelaki terbabit di hadapannya.

Pelanggaran itu menyebabkan kereta lelaki yang berusia 56 tahun itu terlanggar sebuah lagi kereta jenis Honda HRV di hadapan yang dipandu oleh seorang wanita.

Setakat ini tiada kecederaan dilaporkan dan kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59. Polis turut menyiasat tindakan lelaki berkenaan mengikut Seksyen 379/323 Kanun Keseksaan.

Kejadian tular

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas