Connect with us

Oh! Media

Tukang Masak Maut Selepas Bungkusan Aneh Ditinggalkan Atas Bonet Kereta Meletup

Oh! Tidak

Tukang Masak Maut Selepas Bungkusan Aneh Ditinggalkan Atas Bonet Kereta Meletup

Seorang tukang masak disahkan maut selepas satu bungkusan yang ditinggalkan di atas bonet keretanya meletup ketika dipegang.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Tengah Syok Masak Daging Tepi Sungai, Tiba-Tiba Tempat Bakar Meletup

Memetik laporan Astro Awani, kejadian itu berlaku di hadapan sebuah kedai makan di Pandan Indah kira-kira jam 8.55 malam.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, difahamkan mangsa yang berusia 28 tahun itu terlihat sebuah bungkusan ditinggalkan di atas bonet kereta sebelum cuba mengambilnya.

Namun apabila mangsa memegang bungkusan berkenaan, berlaku letupan yang mengakibatkan kecederaan pada mangsa.

Apabila mangsa memegang bungkusan berkenaan, terus berlaku letupan dipercayai daripada bungkusan berkenaan.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah pada bahagian badan dan tangan telah dibawa oleh orang awam ke Hospital Ampang.

Mangsa telah disahkan meninggal dunia pada jam 9.45 malam di Hospital Ampang.

Dalam pada itu, menerusi siasatan yang dilakukan pihak polis di tempat kejadian, terdapat beberapa kesan lekukan pada kenderaan mangsa yang dipercayai berlaku berpunca daripada letupan berkenaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas