Connect with us

Oh! Media

TS Musa Hassan Jawab Dakwaan Pukul Dan Curang Dengan Isteri

ts musa hassan

Oh! Tidak

TS Musa Hassan Jawab Dakwaan Pukul Dan Curang Dengan Isteri

Kami di Ohmedia ingin mengingatkan semua pembaca untuk tidak membuat sebarang spekulasi di ruangan komen atau di mana sahaja mengenai isu keluarga melibatkan bekas Ketua Polis Negara, TS Musa Hassan.

ADVERTISEMENT

BACA: Bekas Ketua Polis Negara, TS Musa Hassan Kongsi Ciri-Ciri Isteri Derhaka Pada Suami

TS Musa Hassan turut telah membuat penjelasan bersama pihak media dan memilih untuk tidak mengaibkan sesiapa termasuklah isterinya.

TS Musa Hassan tidak mahu menuduh sesiapa mengenai penyebaran video…

Saya tak tahu siapa keluarkan video yang tersebar tentang masalah rumah tangga saya. Saya pegang pada prinsip untuk tidak akan mengaibkan sesiapa termasuklah isteri saya. Saya tidak akan aibkan dia dan akan lebih selesa selesaikan melalui undang-undang dan mahkamah.

Saya serahkan isu ini kepada peguam saya untuk di bawa ke mahkamah syariah. Saya mempunyai sebab tertentu untuk meneruskan aduan berkaitan isteri saya kepada mahkamah syariah.

Laporan polis sudah dilakukan peguam bagi pihak TS Musa Hassan

saya juga telah buat laporan polis dan biarlah polis melakukan siasatan. tak perlu saya terangkan kepada pihak media.

TS Musa Hassan turut mendedahkan dirinya cedera di bahagian kepala. Selain itu, beliau turut akui isu ini tidak memberikan kesan kepada dirinya tetapi sudah pasti memberikan tekanan kepada keluarga dan anak-anak. Masalah berlaku sudah berlarutan selama 3 tahun.

Nafkah diberikan lebih dari cukup!

Sudah tidak tinggal bersama sejak 6 bulan. Saya bagi nafkah cukup, lebih terlebih pula lagi.

Cukup setakat ini yang dikongsikan TS Musa Hassan dan jangan pula kita membuat sebarang spekulasi tidak benar. Kita biarkan sahaja pihak tertentu lakukan siasatan.

Kredit: MediaMuliaTV

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas