Connect with us

Oh! Media

Tragedi Paramotor Terjunam Hingga Rakan Baik Maut, Pilot Kongsi Detik-Detik Akhir

paragliding jatuh

Oh! Tidak

Tragedi Paramotor Terjunam Hingga Rakan Baik Maut, Pilot Kongsi Detik-Detik Akhir

Jumaat lalu, seorang warga emas maut manakala seorang lagi selamat selepas luncur udara (paramotor) yang dinaiki mereka terjunam ke dalam laut di Pantai Irama, Bachok Kelantan.

ADVERTISEMENT

BACA: “Aku Tak Kuat Yani” – 10 Sekeluarga Dikhuatiri Lemas Dibawa Kepala Air

Insiden itu dipercayai berpunca daripada kerosakan di bahagian enjin dan mereka terjatuh kira-kira 120 meter daripada menara Angkatan Pertahanan Awam (APM) di pantai berkenaan.

Anggota APM yang menyedari kejadian itu bergegas ke lokasi kejadian namun mangsa dikenali sebagai Mustaffa Isa tak dapat diselamatkan dan ditemui lemas dalam kedalaman kira-kira tiga meter.

Pilot paramotor cerita hal sebenar

Di TikTok, pilot paramotor yang terselamat dikenali sebagai Pak Soh menceritakan kisah sebenar kejadian itu.

@matyieteghe Cerita sebenar dari Pilot paragliding yg terselamat di tregedi pantai irama bachok #paragliding ♬ Yasirlana Dj Enak – Musik islami

Jelasnya, pada hari kejadian mereka terbang bertujuan untuk uji kipas baru paramotor dan arwah merupakan individu yang paling layak memandangkan mereka dah bersama sejak 20 tahun lalu.

Saya terbang 5 minit sahaja, selepas terbang 3 minit saya mendapati kipas ni tak boleh pergi. Saya pusing satu pusingan nak turun, landasan saya nak turun masa tu orang ramai. Kalau turun juga saya mungkin akan langgar orang, jadi saya pusing lagi sekali cari tempat lain tapi tak sempat.

Saya terpaksa emergency landing, saya sentuh bahu arwah kata emergency. Standby apa-apa hal dalam air tali pinggang dulu, jadi arwah faham.

Kongsinya lagi, selepas terjunam dia berjaya buka tali pinggang dan mencuba untuk buka tali pinggang arwah. Tetapi tersangkut dan keadaan ombak ketika itu membuatkan arwah tenggelam timbul.

Dia kemudian menyedari pasukan penyelamat tiba menyelamatkannya. Dia memberitahu supaya anggota penyelamat mencari rakannya yang lemas tetapi mereka mungkin tak faham.

Saya kata tolong dia dulu, saya tak lemas, mereka tak faham, mereka heret saya minta dengar arahan mereka. Saya kata tak boleh, tapi mereka tak dapat tangkap apa saya kata.

Setibanya di pantai, barulah pasukan penyelamat menyedari terdapat dua mangsa namun keadaan sudah terlambat.

@fa_amy Al fatihah utk paraglider yang lemas di pantai irama bachok petang td. Sorang selamat, sorg meninggal. Hubby cakap, risau tgk ke kiri ke kanan atas udara..tgk2 jatuh dlm laut dpn mata 🥹 #pantaiiramabachok ♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama

Jelasnya lagi, sebelum terbang arwah ada menunjukkan sikap pelik apabila mahu terbang di Bachok. Dia juga baru mendapat tahu anak arwah ada melarangnya sebelum terbang.

Apabila terbang, dia lambai-lambai tangan tak berhenti. Saya rasa apa pelik sangat duk lambai macam tak pernah terbang pula.

Arwah juga mengajaknya turun di Pasir Putih untuk minum-minum dahulu tapi tak boleh kerana tujuan untuk uji sahaja, katanya.

Ujarnya lagi, tragedi itu membuatkan dia tak dapat tidur kerana terkilan tak dapat menyelamatkan arwah.

Kredit: TikTok MatYie Teghe | TikTok @fa_amy

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas