Connect with us

Oh! Media

Tolak Pengawal Sampai Terjatuh, Penghantar Makanan Tak Puas Hati Disuruh Hantar Ke Depan Pintu Pelanggan

Ohmedia penghantar Makanan

Oh! Tidak

Tolak Pengawal Sampai Terjatuh, Penghantar Makanan Tak Puas Hati Disuruh Hantar Ke Depan Pintu Pelanggan

Isu penghantar makanan atau rider biadap dengan orang awam memang tak akan pernah habis. Kali ini, pengawal keselamatan di sebuah kondominium pula jadi mangsa.

Tular di media sosial, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang warga asing yang bekerja sebagai pengawal keselamatan ditolak sampai terjatuh oleh penghantar makanan.

Menurut laporan World Of Buzz, kejadian itu berlaku selepas pengawal tersebut memaklumkan bungkusan makanan pelanggan tidak boleh ditinggalkan di lobi.

IKLAN

Dia pengawal keselamatan yang baik dan suka membantu orang, tetapi penghantar makanan ini membuli dan menolak dia sehingga terjatuh hanya kerana lelaki itu enggan naik ke tingkat atas untuk menghantar makanan.

Yang mengundang sebak, mangsa tidak membalas langsung perbuatan lelaki tersebut kepadanya dan hanya pergi dari tempat kejadian.

Hanya ikut arahan daripada pihak pengurusan

Difahamkan arahan yang diberikan itu adalah daripada pihak pengurusan kerana banyak kali isu makanan tak dituntut.

Selepas kejadian itu, lelaki tersebut tidak menghulurkan bantuan kepada pengawal dan terus masuk ke dalam lif.

Sedar tidak boleh naik tanpa kad akses, dia keluar semula daripada lif manakala pengawal itu difahamkan pergi meminta bantuan di pondok pengawal.

Susulan itu, beberapa pegawai polis tiba di lokasi namun setakat ini tiada khabar sama ada penghantar makanan tersebut dikenakan tindakan atau tidak.

Ohmedia penghantar Makanan

Jap!


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas