Connect with us

Oh! Media

TIME Minta Maaf Gangguan Internet Jejas 40 Peratus Pengguna

Oh! Tidak

TIME Minta Maaf Gangguan Internet Jejas 40 Peratus Pengguna

Kecoh sekejap di media sosial semalam apabila pengguna rangkaian internet TIME dikatakan mengalami masalah untuk mengakses dan melayari internet.

ADVERTISEMENT

Tidak mengambil masa yang panjang, pihak TIME mengesahkan masalah yang terjadi dan memaklumkan yang ia berjaya diatasi.

Menurut laporan pihak TIME, pengguna telah mengalami gangguan diantara jam 5.38 petang hingga ke 7.12 petang. Walau bagaimanapun, masalah ini berjaya dipulihkan sepenuhnya pada 7:35 petang.

Pada jam 5:38 petang semalam, TIME telah mendapati kedua-dua pelayan Secure DNS mereka tidak boleh diakses, sekaligus membuatkan sejumlah perkhidmatan tidak dapat digunakan.

Pihak TIME mengatasi masalah berkenaan dengan menggunakan pelayan DNS simpanan secepat yang mungkin. Masalah internet ini telah memberi kesan terhadap 40 peratus pelanggan TIME, ia merupakan antara yang terbesar buat masa ini.

TIME menyatakan kekesalan mereka dalam mengendalikan komunikasi dengan pelanggan berkenaan masalah ini kerana mereka turut mengalami masalah untuk mengakses sosial media.

Tapi masalah pun dah selesai kan? Diharap tiada lagi gangguan seperti ini di masa akan hadapan.

Teruskan membaca..

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas