Connect with us

Oh! Media

Tertipu Dengan Muka Baik, Lelaki Dedah Hampir Disamun Dan Dirodok Dengan Parang

Oh! Tidak

Tertipu Dengan Muka Baik, Lelaki Dedah Hampir Disamun Dan Dirodok Dengan Parang

Terbaru, seorang lelaki tempatan berkongsi detik cemas dirinya hampir disamun dan dirodok dengan parang oleh seorang individu yang tidak dikenali.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Warga Emas 77 Tahun Rugi RM25K Diragut 2 Lelaki Depan Rumah

Mangsa yang dikenali sebagai Sam menceritakan dirinya ditawar untuk dihantar pulang oleh seorang lelaki setelah selesai berhibur di Jalan Alor, Kuala Lumpur.

Samun dengan parang

parang

Menurut Sam, dirinya bersetuju dengan tawaran tersebut atas alasan rupa lelaki itu nampak baik di samping tiada perkhidmatan e-hailing pada jam 5 pagi.

Walau bagaimanapun, kereta mewah Audi yang dinaiki oleh mereka terus dipandu selama sejam meskipun mereka sudah berada di sekitar kediaman milik Sam.

Suspek kemudian bertindak mengeluarkan parang dan mengacukan pada mangsa ketika berada berhampiran bangunan Angkasapuri.

Dia keluarkan parang dan acukan pada saya sambil ugut ‘kau bising lagi aku kerat kau, jangan main-main dengan aku, aku tengah high (mabuk) ni. Suspek juga meminta nombor pin kad pengeluaran wang automatik (ATM) tetapi saya buat-buat seperti orang bodoh, saya cakap telefon bimbit itu semua barang saya orang bagi dan dia jadi lagi marah.

Mangsa dikatakan cuba melarikan diri dari kereta namun ditarik cepat oleh suspek dan bertindak memecut laju kenderaan sebelum terjadinya pergelutan antara mereka.

Saya gigit leher dia sekuat-kuat hati sampai berdarah sampai gigi saya sendiri pecah. Kemudian saya buka pintu bahagian pemandu dan meminta tolong orang berdekatan tetapi ramai yang tengok sahaja. Sampailah ada dua penunggang motosikal yang masuk campur dan cuba meleraikan pergelutan antara kami.

Sam juga memaklumkan dirinya kini terpaksa menerima lima jahitan akibat kecederaan yang dialami dan berharap suspek dapat ditahan dengan segera.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas