Connect with us

Oh! Media

Tersalah Bayi, Pasangan Suami Isteri Saman Klinik IVF

pasangan suami isteri

Trending

Tersalah Bayi, Pasangan Suami Isteri Saman Klinik IVF

Persenyawaan in-vitro (IVF) merupakan satu proses di mana sel telur disenyawakan oleh sperma di luar rahim. Kejadian di Los Angeles, pasangan suami isteri terkejut dan kecewa apabila mengetahui bayi yang dilahirkan adalah bukan anak kandung mereka.

ADVERTISEMENT

BACA: Bakal Menimang Cahaya Mata Kedua? Siti Nurhaliza Jalani Rawatan IVF Selepas Aidilfitri

Menurut Utusan Malaysia, pusat rawatan kesuburan IVF telah mencampurkan embrio kedua pasangan itu dan menyebabkan bayi mereka tertukar.

Membesarkan anak pasangan lain

pasangan suami isteri
Pasangan Carinale (Foto: Utusan Malaysia)

Sebelum mengetahui tentang kebenaran bayi perempuan yang dibesarkan oleh Alexander Cardinale dan isterinya, Daphna adalah bukan anak kandung mereka secara biologi, mereka telah membesarkan anak pasangan lain dalam masa beberapa bulan.

Ibu bapa kepada bayi yang mereka besarkan ini juga dalam masa yang sama, sedang membesarkan anak kandung mereka. Kedua-dua pasangan ini akhirnya bersetuju untuk menukar bayi mereka pada usia empat bulan.

Kini, menurut Utusan, Cardinale dan isterinya sedang memfailkan saman kepada klinik IVF, California Centre for Reproductive Health dan Dr. Eliran Mor, pemilik klinik tersebut atas kecuaian, penipuan dan penyelewangan perubatan.

Saya dan Alexander berasa amat kecewa. Kami tidak dapat bersama anak kandung hampir setahun termasuk semasa mengandung.

Saya tidak berpeluang untuk mengandung mahupun melahirkan bayi kami sendiri. Kami amat merindui suasana itu.

Pasangan suami isteri ini telah menzahirkan rasa kecewa apabila perlu menjalani situasi pahit ini. Semoga mereka terus tabah dan klinik tersebut dikenakan tindakan yang sepatutnya.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas