Connect with us

Oh! Media

Terpaksa Buat Iklan ‘Kereta Untuk Dijual’ Sebab Jiran Suka Park Depan Pagar Rumah. Tahupun Takut!

Ohmedia jiran

Trending

Terpaksa Buat Iklan ‘Kereta Untuk Dijual’ Sebab Jiran Suka Park Depan Pagar Rumah. Tahupun Takut!

Aduhai… Rakyat Malaysia memang tak pernah tak kelakar weh! Sebab itulah orang kata, bila hidup berjiran ni kita kena sentiasa bertolak ansur dan perlu jaga tanggungjawab bersama.

Jangan buat kepala sendiri tanpa fikirkan orang lain sebab kalau jadi macam ni, kan dah malu. Huhu…

Mana lagi nak tengok ragam rakyat Malaysia sekarang ni kalau bukan dekat TikTok kan? Berdasarkan perkongsian seorang wanita yang dikenali sebagai Nur Farhana, jirannya suka meletakkan kereta di hadapan pagar rumahnya. Perbuatan itu menyebabkan mereka pula yang sukar untuk keluar masuk dari rumah.

Walaupun sudah memberikan teguran, jirannya masih tetap berdegil dan masih tetap park depan pagar rumah mereka. Akibat dari itu, suami wanita terbabit nekad untuk meletakkan botol besar di atas kereta terbabit dengan tulisan kereta untuk dijual.

IKLAN

“Untuk dijual RM800. Percuma pam racun”

Screen shot 2022 02 15 at 12417 pm

Mungkin tersedar dengan tindakan tidak bertanggungjawab itu, pemilik kereta berkenaan dilihat telah menukar fikiran dengan tidak meletakkan kenderaannya di kawasan itu lagi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa puas hati dengan tindakan suami isteri yang ‘sinis’ dan mendalam itu. Malah ada juga yang ingin mengambil idea tersebut bagi mengatasi masalah yang sama.

Komen TikTok
@queen_mekarsari88 bila mai pala gila @saudagar868 adoiii peningggggg #fyp #habuannnlaaaaa #peningggggg ♬ Pamela – Bots🇵🇭
@queen_mekarsari88 Balas kepada @zuera37 ♬ Funny Song – Cavendish Music

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas