Connect with us

Oh! Media

Terlampau Berjimat, Hanya Benarkan Lampin Kotor Anak Ditukar Ketika Berat Mencecah 200g

Trending

Terlampau Berjimat, Hanya Benarkan Lampin Kotor Anak Ditukar Ketika Berat Mencecah 200g

Lampin bayi merupakan barang keperluan yang paling penting dalam proses membesarkan anak-anak selain susu formula.

ADVERTISEMENT

BACA: Tidak Tahan Sakit Perut,Suami Dikecam Teruk Tayang Isteri Mahu Pakai Lampin Anak

Namun, seperti sedia maklum lampin bayi menelan kos perbelanjaan yang agak tinggi buat ibu bapa. Ini menyebabkan ada sesetengah ibu bapa menggunakan inisiatif sendiri untuk mengurangkan penggunaan lampin anak-anak dengan menggunakan lampin cuci sendiri yang lebih menjimatkan.

Berat lampin kotor cecah 200g baru boleh tukar baru

Namun, berbeza pula dengan tindakan yang dibuat oleh seorang lelaki bergelar ayah di Indonesia ini yang memuatnaik video di TikTok.

@rudidemaio

Udah di bilangin Harus tunggu ampe 200 gram baru ganti pamper baru, tapi tiap kali belum 100 gram udah ganti… boros bgt sih 😡😡😡😡. Pengen ganti istri aja…

♬ Pargoy Daun – putri_pass

Menerusi video tersebut, lelaki tersebut meluahkan rasa geram kepada isterinya kerana menukar lampin anak mereka walaupun berat lampir itu tidak memenuhi syaratnya.

Dapat dilihat juga lelaki tersebut menimbang lampin kotor yang digunakan anaknya yang masih kecil. Difahamkan, lelaki berkenaan hanya membenarkan isterinya untuk menukar lampin yang baharu sekiranya berat lampin yang kotor itu mencecah 200g.

Cara digunakan tidak sesuai

Perkongsian lelaki tersebut turut mendapat respon netizen di Malaysia. Rata-rata mereka mengecam tindakan lelaki itu dan mengatakan bahawa tindakannya itu tidak bagus untuk kulit anak yang masih kecil itu.

Sekadar content romantik bersama isteri

Setelah mendapat pelbagai respon negatif, lelaki ini tampil memberitahu bahawa video yang dimuatnaiknya itu hanyalah content semata-mata.

Banyak lagi cara boleh berjimat, tapi janganlah sampai boleh memudaratkan anak yang masih kecil itu.

Kredit: TikTok Rudi Demaio

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas