Oh! Tidak
Terkini Mengenai Kes Perbicaraan Zayn Rayyan
Pasangan suami isteri, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf yang didakwa mengabaikan anak mereka, Zayn Rayyan Abdul Matiin akan mula dibicarakan di Mahkamah Sesyen pada 3 Februari 2025 ini.
Menurut laporan Harian Metro, Hakim Dr Syahliza Warnoh telah menetapkan tarikh perbicaraan berlangsung pada 3 hingga 7 Februari, 17 hingga 21 Februari, dan 10 hingga 14 Mac depan selepas pihak pendakwaan mengesahkan serahan dokumen berkaitan telah selesai.
Pendakwaan siap sedia dengan saksi

Senarai 15 saksi pendakwaan akan dihantar kepada peguam pasangan tertuduh melalui emel sebelum perbicaraan bermula dan perkara ini dikatakan sendiri Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin.
Jika ada sebarang penyataan saksi tambahan, kami akan serahkan kepada pihak pembelaan sebelum tarikh perbicaraan.
Pihak pembelaan terima bukti forensik Zayn Rayyan

Peguam Haresh Mahadevan yang mewakili pasangan tersebut mengesahkan pihaknya telah menerima laporan forensik telefon bimbit dan laporan bedah siasat mangsa dalam bentuk cakera padat (CD).
Pasangan tertuduh hadir di mahkamah seawal jam 7.45 pagi ditemani ahli keluarga. Mereka kelihatan tenang dan berbisik sesama sendiri ketika prosiding berlangsung.
#OhmediaNasihat
Kes ini menjadi peringatan untuk sentiasa mengutamakan keselamatan dan kebajikan anak-anak dalam apa jua keadaan. Setiap ibu bapa bertanggungjawab memastikan kesejahteraan anak, baik dari segi emosi, fizikal, dan mental.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM