Connect with us

Oh! Media

Terkini! 9 Mangsa Disahkan Meninggal Dunia Dalam Tragedi Tanah Runtuh

Trending

Terkini! 9 Mangsa Disahkan Meninggal Dunia Dalam Tragedi Tanah Runtuh

Terkini sehingga jam 10 pagi tadi! Terdapat 9 jumlah mangsa yang disahkan meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Genting-Batang Kali awal pagi tadi. Allahu..

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, dianggarkan seramai 94 orang mangsa telah terlibat dalam kejadian itu.

Pada awalnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian yang berlaku pada jam 2.24 pagi dan perkara ini dikatakan sendiri Pengarah JBPM Selangor, Datuk Norazam Khamis.

Seramai 59 mangsa selamat, seorang cedera manakala sembilan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang masih hilang sedang giat dijalankan.

Ketinggian runtuhan itu dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan sebesar tiga ekar. Allahu, semoga yang baik-baik saja dan misi pencarian bagi kesemua mangsa dipermudahkan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas