Connect with us

Oh! Media

Tampar Dua Orang Pemain, Lesen Jurulatih Dibatalkan

Oh! Tidak

Tampar Dua Orang Pemain, Lesen Jurulatih Dibatalkan

Pernah tular di media sosial mengenai insiden yang membabitkan seorang jurulatih bertindak menampar dua orang pemain perempuan dalam Kejohanan Remaja B14 di Kota Tinggi, Johor.

ADVERTISEMENT

BACA: Mereka Sumber Kekuatan Saya” – Jurulatih Mohon Maaf, Sedia Diambil Tindakan

Insiden tersebut membuatkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Pendidikan (KPM) bersama Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) bersetuju untuk membatalkan lesen jurulatih tersebut.

Tarik balik sijil

Menteri Hannah Yeoh memaklumkan MAVA telah menarik Sijil Kejurulatihan Bola Tampar Tahap Satu (Sukan Spesifik) milik jurulatih terbabit.

Jurulatih itu bahkan belum pernah membuat permohonan lesen kejurulatihan Skim Perlesenan Kejurulatihan Kebangsaan (SLKK) sebagai pengiktirafan Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) seperti dipersetujui bersama Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK) Institut Sukan Negara (ISN) dengan persatuan sukan kebangsaan.

Hannah juga menegaskan bahawa KBS dan KPM tidak akan berkompromi dalam usaha memastikan keselamatan dan kesejahteraan atlet khususnya bagi peringkat muda.

Kredit: Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas