Connect with us

Oh! Media

“Takut Tangan Putus Jer Tu Makcik..”- Netizen Risau Tengok, Takut Jadi Sasaran Peragut

Ohmedia peragut

Trending

“Takut Tangan Putus Jer Tu Makcik..”- Netizen Risau Tengok, Takut Jadi Sasaran Peragut

Memang tidak dinafikan, barang kemas tidak dapat dipisahkan dengan orang perempuan. Lagi-lagi, bila mereka semakin berumur, macam dah jadi mainan yang wajib mereka kumpul tak kira rantai ataupun gelang emas.

Namun, bila pakai barang-barang yang berunsur emas, tuan empunya badan tu kenalah sentiasa berhati-hati sebab takut jadi sasaran utama penjenayah untuk meragut pula.

Macam baru-baru ini, satu video tular di TikTok menunjukkan seorang wanita warga emas menjulurkan tangannya yang mempunyai cincin serta gelang emas besar keluar dari sebuah tingkap kereta yang membuatkan ramai berasa risau.

IKLAN

Kelihatan ‘mak cik’ tersebut berada di bahagian duduk penumpang hadapan seakan-akan sedang menunggu sesuatu sambil mengeluarkan tangannya keluar tingkap kereta yang dinaiki.

@nrlilyly #ohno#berhatihati#makcikgelangemas ♬ Oh No Oh No Oh No No No – Dubskie

Disebabkan tindakan yang di buat olehnya itu sememangnya membahayakan diri, ramai memberi amaran dan meminta dia untuk lebih berhati-hati kerana ‘malang tidak berbau’.

komen tiktok

Meninjau di ruangan komen, ramai berpendapat warga emas itu tidak menyayangi tangannya dengan berbuat sedemikian dan dalam pada masa yang sama, ada juga kata mungkin gelang tersebut tidak tulen kerana dia seakan-akan tidak kisah dengan apa yang dilakukan ketika itu.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas