Oh! Tidak
“Takbur Betul Ya…” , Usahawan Kongsi Pakai Tudung ‘Termurah’, Netizen Terkejut RM1.2K Dikata Murah
Kecoh di media sosial mengenai seorang usahawan dan pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri yang menafikan dakwaan bahawa dirinya hanya memakai tudung berharga ‘kayangan’ sahaja.
Menerusi perkongsian di TikToknya, dia berkata bukan semua tudung yang digayakan itu mahal. Ada juga yang harganya ‘murah’ hanya bernilai RM1.2K, katanya.
Viral dekat TikTok tudung harga ratus-ratus ribu, sebenarnya ada yang murah. Yang saya pakai ni, hanya RM1200 sahaja. Tetap cantik.
Walau bagaimanapun, perkongsian video itu meraih pelbagai reaksi dari netizen dan rata-rata mengatakannnya seolah-olah ingin menunjuk-nunjuk kekayaan dirinya dengan berkata nilai tudung tersebut dikira ‘murah’.
Malah, ada juga sesetengah warganet yang mendakwa tudung yang dipakai Haliza masih kelihatan seperti tudung biasa yang dibeli di pasar meskipun harganya mencecah ribuan ringgit.




BACA: “Jumpa Duit Syiling Bertaburan Dalam Kedai”- Usahawan Adib Banana Dibs Dedah Kedai Disihir
Terdahulu, usahawan dan pempengaruh media sosial Adib Banana Dibs mendedahkan cawangan perniagaannya yang terletak di Melaka telah disihir.
Kredit: TikTok
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM