Connect with us

Oh! Media

Tak Puas Hati Dibaling Pemadam Pensel, Pelajar Tingkatan 3 Cedera Gaduh Depan Sekolah

20230526 115801 0000

Oh! Tidak

Tak Puas Hati Dibaling Pemadam Pensel, Pelajar Tingkatan 3 Cedera Gaduh Depan Sekolah

Tular di media sosial mengenai berita sekumpulan pelajar sekolah menengah dikatakan bergaduh di hadapan sekolah akibat pemadam pensel. Aik, biar betul?

BACA: Bilik Pencawang TNB Punca MidValley Dijilat Api

Pelajar-pelajar tingkatan tiga itu dilaporkan cedera akibat pergaduhan tersebut dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah, Johor.

IKLAN

Tak puas hati

20230526 115626
Kredit Twitter

Menurut laporan Kosmo, pergaduhan itu tercetus jam 3.43 petang akibat tidak puas hati dibaling pemadam pensel oleh pelajar yang lain.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata beberapa pelajar sekolah yang terlibat cedera di bahagian kepala serta lebam di kaki dan tangan.

Siasatan polis mendapati kejadian berlaku berpunca daripada rasa tidak puas hati salah seorang pelajar yang telah dibaling pemadam oleh rakan sekelasnya dua hari sebelum pergaduhan.

Susulan kejadian itu, pihak polis IPD Johor Bahru Utara telah bertindak membuat penangkapan terhadap beberapa pelajar lain yang terlibat.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas