Connect with us

Oh! Media

Tak Perlu ‘Cuak’, Video Tular Di Lata Berangin Bukan Fenomena Kepala Air

fenomena kepala air

Trending

Tak Perlu ‘Cuak’, Video Tular Di Lata Berangin Bukan Fenomena Kepala Air

Tular video air mengganas di Lata Berangin semalam, yang membuatkan netizen cuak kerana menjangkakan fenomena kepala air berlaku di kawasan tersebut.

ADVERTISEMENT

BACA: Video Kepala Air Mengganas Di Kuala Krai, Netizen Cuak Harap Tak Berlaku ‘Musibah’

Namun, menerusi laporan Malaysiakini, Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamed telah menjelaskan bahawa kejadian tersebut bukanlah fenomena kepala air dan ianya hanya fenomena biasa ketika hujan lebat berlaku.

Apabila hujan lebat, air akan melimpah dengan lebih banyak

@mohdadha17 #ditaja air sungai lato berangin mengganas..hk mno duk tepi ii sungai tu pakat beringat lah#ad #ditaja #fyp ♬ bunyi asal – HaaLatoBerangin

Menerusi video yang di muat naik di TikTok @mohdadha17, ramai netizen cuak melihat air yang melimpah-limpah itu dan takut jika perkara yang tidak diingini berlaku.

Kawasan itu merupakan kawasan air terjun, apabila menerima kadar hujan yang tinggi air akan melimpah dengan lebih banyak berbanding keadaan biasa.

Ia bukan fenemona kepala air. – Suzaimi Mohamed

Suzaimi juga menasihati orang awam agar tidak mendatangkan suasana cemas kepada masyarakat awam dan perlulah merujuk terlebiih dahulu kepada pihak berkuasa.

Kredit: Malaysiakini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas