Connect with us

Oh! Media

Video Kepala Air Mengganas Di Kuala Krai, Netizen Cuak Harap Tak Berlaku ‘Musibah’

musibah

Trending

Video Kepala Air Mengganas Di Kuala Krai, Netizen Cuak Harap Tak Berlaku ‘Musibah’

Sekarang ini hujan yang berterusan sedang berlaku di beberapa negeri di Malaysia terutama di Pantai Timur Semenanjung dan Utara Sabah membuatkan rakyat risau kalau ada musibah yang teruk bakal berlaku.

ADVERTISEMENT

BACA: “Jenazah Terlangkup Dalam Air” – Seorang OKU Ditemui Lemas Berhampiran Rumah

Amaran banjir telah dikeluarkan secara berperingkat agar penduduk di kawasan tertentu lebih berwaspada, terutama mereka yang berada di Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Air terjun di Kelantan dilanda kepala air

@mohdadha17 #ditaja air sungai lato berangin mengganas..hk mno duk tepi ii sungai tu pakat beringat lah#ad #ditaja #fyp ♬ bunyi asal – HaaLatoBerangin

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @mohdadha17, hujan yang berterusan di Kelantan telah menyebabkan kkawasan air terjun di salah satu kawasan dilanda kepala air kira-kira jam 10 pagi tadi.

Air yang mengganas itu difahamkan berlaku di Lata Berangin, Kuala Krai, Kelantan. Kelihatan air yang sangat deras hampir melimpah ke luar jalan itu telah membuatkan orang ramai cuak mengharapkan tidak ada bencana yang lebih teruk bakal berlaku.

Komen-komen netizen di TikTok tersebut juga mengatakan di kawasan mereka hujan tidak berhenti dan mengharapkan orang ramai untuk sentiasa berhati-hati.

musibah

Semoga Allah lindungi semua rakyat Malaysia dari terkena sebarang musibah yang lebih teruk.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas