Connect with us

Oh! Media

“Tak Ada Maaf Langsung” – Mak Andam Bagi Alasan Jalan ‘Jammed’, Batal Mekap 10 Minit Sebelum Majlis

Ohmedia mua Tunang

Oh! Tidak

“Tak Ada Maaf Langsung” – Mak Andam Bagi Alasan Jalan ‘Jammed’, Batal Mekap 10 Minit Sebelum Majlis

Tular di media sosial rakaman video memaparkan seorang wanita kelam kabut menghadiri majlis pertunangannya yang dijadualkan berlangsung jam 2.30 petang.

Difahamkan, kejadian itu berpunca daripada mak andam atau make-up artist (MUA) yang tiba-tiba batal tugasan 10 minit sebelum majlis.

Jurumekap bagi alasan lambat, jalan sesak

Mekap

Perkongsian ini dibuat pengguna TikTok @bellanawhen menceritakan pengalaman sedih yang dihadapi kakaknya pada hari kejadian.

IKLAN

Kakaknya dipercayai membayar khidmat MUA tersebut dengan harga RM130. Kakaknya tidak menyangka kejadian ini berlaku kerana jurumekap tersebut mempunyai jumlah pengikut yang ramai di TikTok.

Pada awalnya, MUA popular dari Pulau Pinang itu memberi alasan trafik sesak dan memberitahu akan tiba sedikit lewat.

“Dah lambat, nanti mekap tak cantik sebab kalut”

Majlis Tunang

Mempercayai MUA tersebut, kakaknya terus menunggu dengan penuh harapan dan menunda majlis ke pukul 3 petang.

Namun, sehingga jam 2.20 petang MUA tidak muncul dan secara tiba-tiba mahu ‘refund’ pembayaran yang telah dibuat.

Lebih menyedihkan, MUA tersebut langsung tidak meminta maaf menjadi punca majlis pertunangan kelam kabut.

Katanya dah lambat nanti mekap tak cantik sebab kalut-kalut. Jangan tertipu walau akaun TikTok sudah berbelas ribu pengikut. Hari kejadian tak refund pun, esoknya kata busy tengah mekap. Esoknya lagi cakap tunggu husband bank in. Lepastu janji sampai ke 11.30 malam untuk bank in.

Pemilik akaun TikTok ini mendakwa MUA masih gagal membayar ‘refund’ walaupun majlis sudah tiga hari berlalu.

#OhmediaNasihat

Kejadian ini mengingatkan kita untuk sentiasa berhati-hati dalam memilih perkhidmatan, terutamanya yang melibatkan acara penting. Walaupun seorang MUA kelihatan popular di media sosial, itu tidak menjamin profesionalisme mereka.

Ohmedia mua Tunang

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok Cik Bella


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas