Connect with us

Oh! Media

Oh! Tidak

Syahmi Sazli Dan Isteri Bersuara Isu Masalah Air Buahkan Hasil, Exco Kelantan Terus Buat Kerja

Sebelum ini kecoh mengenai isu Isteri kepada Youtuber terkenal Syahmi Sazli iaitu Anissa Faizul meluahkan rasa kecewanya dengan kerajaan negeri Kelantan kini yang sudah lebih 30 tahun memerintah tapi masalah air masih belum dapat diselesaikan.

BACA : Syahmi Sazli Perjelas Panjang Lebar Isu Isteri Luah Rasa Kecewa Dengan Kerajaan Negeri

IKLAN

Selepas dikritik, Syahmi sendiri tampil perjelas panjang lebar mengenai isu ini menerusi satu video yang dimuat naik dalam akaun Tiktoknya dan memohon maaf kepada pengikutnya yang terasa hati.

Menurut laporan mStar, selepas youtuber terkenal dan isterinya bersuara mengenai isu ini akhirnya nasih sebuah keluarga di Pasir Mas terbela. Wah! Alhamdulillah..

Salah seorang ahli keluarga itu, Nor Idayu Supian berkata yang dia telah dihubungi Exco Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Datuk Mohd Nassuruddin Daud pada 4 Ogos lepas.

Exco tersebut telah mewakilkan individu lain untuk meninjau situasi sebenar yang dihadapi mereka sejak enam bulan lalu sebelum bantuan bekalan air akhirnya disalurkan ke tangki rumahnya oleh Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) pada pagi Sabtu.

Saya buat satu hantaran dekat grup Facebook Pasir Mas tu sebab sudah tak tahan dengan masalah tak ada air di rumah saya di Kelantan.

Tak sangka lepas hantaran tu tular, wakil daripada Exco Kelantan datang malam tu juga berjumpa saya di rumah. Katanya hantaran saya buat viral sampai ke pihak mereka.

Jadi keesokannya iaitu pada Sabtu, mereka hantar bekalan air menggunakan lori tangki ke rumah saya. Tetapi hanya rumah saya saja yang terima bantuan tu sebab mereka anggap saya saja buat aduan. Lagi 15 rumah lain di kawasan sini tak dapat.

Tambah ibu kepada tiga cahaya mata itu lagi, selain memenuhkan tangki air di rumahnya di Kampung Banggol Stol, Pasir Mas, pihak AKSB turut memeriksa bagi mencari punca masalah air tidak sampai.

Bukan tu jer, pihak AKSB juga turut memeriksa bagi mencark punca masalah air tidak sampai. Ayu juga meluahkan rasa terharu selepas keluhannya mendapat perhatian Syahmi dan Anissa.

Syukur sangat apabila kes saya terus diberi perhatian selepas Syahmi dan Anissa memberi respons terhadap apa saya adukan di Facebook.

Disebabkan nama mereka besar dan berpengaruh, lebih cepatlah kerajaan ambil tindakan.

Lagipun dah tinggal beberapa hari saja lagi nak mengundi. Saya dah lama hadapi masalah ni. Saya pun fikir memang ini masa terbaik untuk ambil peluang luahkan semua masalah air ni.

Syahmi juga rupanya telah menghubungi Ayu untuk memberikan sumbangan penapis air berharga RM2,798 pada pagi Isnin. Memang terbaiklah Syahmi!

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Penting ke atau korang rasa tak perlu?

♬ original sound – Oh! Media

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas