Connect with us

Oh! Media

“Hati-Hati Yang Bawa Anak” – Individu Kongsi Detik Cemas Kanak-Kanak Hampir Diculik Di Genting Highlands

Culikgentinghighlands

Trending

“Hati-Hati Yang Bawa Anak” – Individu Kongsi Detik Cemas Kanak-Kanak Hampir Diculik Di Genting Highlands

Sejak kebelakangan ini terdapat banyak cubaan menculik kanak-kanak yang menjadi kerisauan para ibu bapa di luar sana.

BACA: (Video) Tindakan Pantas Orang Awam Gagalkan Cubaan Menculik Kanak-Kanak Patut Dipuji

Susulan itu, adalah dinasihatkan kepada para ibu bapa untuk sentiasa mengawasi anak-anak mereka sewaktu membawa anak-anak kecil untuk bersiar-siar ataupun bercuti lebih-lebih lagi di kawasan yang sesak supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

IKLAN

Detik cemas berlaku depan mata

Itulah yang terjadi kepada seorang usahawan ketika dia membawa beberapa orang pekerjanya bersiar-siar di taman tema Genting Highlands.

@alfitry_azmi52 Hati-hati yang mana bawa anak, semalam kat Genting, almost jadi kes besar. #sindiket #culikanak #genting@Maz 🌻 ♬ original sound – alfitryazmi52

Menurut usahawan itu, ketika dia dan tiga orang stafnya sedang beratur untuk bermain ‘roller coaster’, dia ternampak salah seorang staf perempuannya yang sedang menjaga anak kecil sedang dikerumuni dua wanita warga asing.

Difahamkan dua wanita warga asing berkenaan sedang mencuba untuk menculik anak kepada stafnya itu dengan cara menggunakan jampi kepada stafnya, namun tidak berjaya.

Screenshot 2022 09 20 at 103252

Melihat kejadian itu, suami kepada stafnya itu pantas berlari ke tempat kejadian dan melaporkan perkara itu kepada pihak pengurusan yang bertugas di taman tema berkenaan.

Berhati-hati semua

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap individu tersebut yang pantas bertindak menyelamatkan keadaan dan meminta agar orang ramai sentiasa berhati-hati.

Screenshot 2022 09 20 at 113517

Screenshot 2022 09 20 at 113539
Screenshot 2022 09 20 at 113551
Screenshot 2022 09 20 at 113557

Macam-macam sekarang ni, semoga kita semua sentiasa berhati-hati dan terhindar daripada perkara macam ni.

Kredit: TikTok alfitryazmi52

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas