Connect with us

Oh! Media

Sultan Selangor Kecewa, Guru KAFA Dan AJK Masjid Enggan Ambil Vaksin

Sultan Selangor

Trending

Sultan Selangor Kecewa, Guru KAFA Dan AJK Masjid Enggan Ambil Vaksin

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menzahirkan rasa dukacita dan amat kecewa disebabkan hanya 203 daripada 873 orang guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), ahli jawatankuasa (AJK) masjid dan jurunikah di Selangor yang hadir semasa sesi program vaksinasi khas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini.

ADVERTISEMENT

BACA : JAIS Akan Serah Nama Individu Tidak Mahu Divaksin Kepada Sultan Selangor

Menurut laporan Harian Metro, lebih mendukacitakan baginda apabila seramai 96 yang hadir menolak untuk disuntik. Ramai juga rupanya yang masih takut ya.

Nama-nama individu yang tidak divaksin itu bagaimanapun bakal diambil tindakan yang akan ditentukan nanti.

Apa yang berlaku amat mengecewakan baginda kerana kedegilan individu tertentu ini akan hanya menyusahkan urusan sekalian rakyat jelata terutamanya murid-murid yang akan meneruskan pembelajaran KAFA.

Demi memastikan kesejahteraan semua umat Islam di Selangor, baginda sendiri menggesa dengan kerjasama pihak JAIS dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dengan melakukan pelbagai inisiatif.

Semoga mereka semua ni terbuka hati untuk mengambil vaksin suatu hari nanti sekaligus dapat meningkatkan kelompok imuniti bagi mengakhiri wabak yang melanda ini.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas