Connect with us

Oh! Media

JAIS Akan Serah Nama Individu Tidak Mahu Divaksin Kepada Sultan Selangor

Vaksin

Oh! Tidak

JAIS Akan Serah Nama Individu Tidak Mahu Divaksin Kepada Sultan Selangor

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan menyerahkan senarai nama individu yang enggan mengambil vaksin kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Jumaat ini.

ADVERTISEMENT

BACA : “Kes JAIS Je Pun” – Nur Sajat Dedah Diri Bukan Pelarian

Menurut laporan Berita Harian, individu berkenaan terdiri daripada guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), pentadbir masjid dan penolong pendaftar nikah di negeri ini.

Sultan Selangor sendiri sudah menitahkan untuk melaporkan bagi mereka yang tidak hadir di program vaksinasi khas hari ini. Mereka juga merupakan barisan hadapan dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.

Saya akan menggunakan kuasa saya jika perlu selepas dinasihati, tetapi mereka yang masih enggan divaksin akan diteliti, termasuk dari segi perundangan dan hukuman.

Sehingga jam 11 pagi tadi, seramai 146 individu hadir namun 80 peratus daripada jumlah itu menolak untuk divaksin walaupun pegawai kesihatan cuba menasihati dan memberi penjelasan.

Jangan takut untuk ambil vaksin. Ini juga merupakan salah satu cara untuk kita mengurangkan risiko dari dijangkiti atau menjangkiti orang lain.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top