Connect with us

Oh! Media

Suami Sanggup Tinggalkan Isteri Bonceng Motosikal Seorang Diri Untuk Lari Dari Polis?

Polis

Trending

Suami Sanggup Tinggalkan Isteri Bonceng Motosikal Seorang Diri Untuk Lari Dari Polis?

Seorang lelaki sanggup meninggalkan isteri yang membonceng motosikalnya untuk lari daripada polis di Kampung Padang Pohon Tanjong, Tumpat malam tadi. Dah kenapa sampai macam tu sekali?

ADVERTISEMENT

BACA : Polis Temui Wanita OKU Sebelah Mayat Ibu Yang Meninggal Dunia 5 Hari Lepas

Menurut laporan Harian Metro, anggota yang membuat rondaan disitu terserempak dengan sebuah motosikal Modenas Kriss dinaiki pasangan suami isteri itu dalam keadaan mencurigakan.

Setelah lelaki tersebut sedar yang dia diekori, dia terus memecut hampir 2 kilometer sebelum memberhentikan motosikalnya di tepi jalan dan lari masuk ke kawasan semak. Perkara ini dikatakan sendiri oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintendan Mohd Razi Rosli.

Suspek kemudian melarikan diri ke kawasan semak berhampiran dengan meninggalkan isteri yang berusia 21 tahun itu bersama motosikalnya di tepi jalan.

Hasil pemeriksaan di lokasi berkenaan, polis berjaya menemukan sebuah beg galas yang mengandungi 120 biji pil kuda yang dianggarkan bernilai RM1,200. Patutlah sanggup buat macam tu!

Polis juga turut menjumpai duit berjumlah RM82 yang dipercayai hasil jualan dadah bersama dua telefon bimbit. Walaubagaimanapun, si isteri ditahan reman empat hari sehingga 7 Oktober dan polis sedang giat mengesan suaminya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas