Connect with us

Oh! Media

Suami Sanggup Redah 364km Demi Isteri Teringin Nasi Kandar Deen Maju

Trending

Suami Sanggup Redah 364km Demi Isteri Teringin Nasi Kandar Deen Maju

Seorang suami yang tahu cara nak bahagiakan isteri pasti mendapat ganjaran yang berlipat ganda daripada Allah SWT. Pendek kata isteri ni lubuk pahala bagi si suami.

ADVERTISEMENT

BACA: Tular Gadis Mengidam Kereta RM3 Juta, Akhirnya Dah Dapat Lamborghini

Seperti video viral di TikTok ini, seorang lelaki sanggup memandu lebih 364km demi memenuhi keinginan isteri yang mahu makan nasi kandar di sebuah restoran yang terletak di Pulau Pinang.

Beliau yang bertugas sebagai guru berkata isteri menangis mahukan nasi kandar itu. Tanpa berlengah dia minta isteri bersiap dan terus memandu ke destinasi.

@shakirshahar97 Demi sesuap nasi 🥰 #penang ♬ Menghitung Hari (Piano Version) – Gaius Yeong

Di ruangan komen, ramai yang terharu dan kagum dengan sikap si suami melayani karenah isteri tanpa mengeluh. Mereka mendoakan semoga pasangan ini terus bahagia dan dikurniakan rezeki melimpah ruah.

Kredit: TikTok Cikgu KEY

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas