Oh! Tidak
Suami Maut Kebakaran Di Pusat Karaoke, Isteri Dedah Penipuan Sebelum Tragedi
Tular di media sosial baru-baru ini satu tragedi kebakaran yang berlaku di Glodok Plaza, Jakarta Barat, Indonesia.
Setakat ini, media melaporkan seramai 12 mangsa telah terkorban. Namun, identiti mangsa belum dapat dikenalpasti disebabkan keadaan mayat yang sudah rentung.
Suami salah seorang mangsa kebakaran

Di sebalik kejadian menyayat hati itu, seorang wanita tampil di media sosial mengaku suaminya salah seorang mangsa terkorban.
Seorang wanita bernama Hasya melalui akaun TikToknya mendedahkan bahawa suaminya sebenarnya telah menipunya sebelum tragedi itu berlaku.
Kononnya ke Surabaya outstation, tapi kantoi di pusat karaoke

Menurut Hasya, suaminya meminta izin untuk ke Surabaya atas urusan kerja, tetapi akhirnya dia mendapat tahu bahawa lelaki itu berada di lokasi kebakaran bersama wanita lain.
Salah seorang mangsa kebakaran adalah suami saya. Padahal tiga hari lalu dia minta izin ke Surabaya, tapi petang tadi rakannya maklumkan dia ada di sana dengan wanita lain.
Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dengan nasib yang menimpa Hasya. Suaminya bukan sahaja maut tetapi turut mengkhianati kepercayaannya.
Namun, tidak dapat disahkan sama ada pendedahan yang dibuat individu berkenaan benar atau palsu.
Terdahulu, media melaporkan seramai 5 mangsa maut ditemukan di ruang karaoke di tingkat lapan pusat beli belah berkenaan.
#OhmediaNasihat
Apa yang kita boleh pelajari daripada kisah ini? Kepercayaan adalah asas dalam mana-mana hubungan, dan penipuan hanya akan membawa kepada kehancuran. Selain itu, mari kita sentiasa peka dengan keselamatan diri dan orang tersayang, terutama ketika berada di tempat awam.

Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM