Connect with us

Oh! Media

Suami Kantoi ‘Makan Luar’ Lepas Isteri Jumpa Kondom Dalam Poket Balik Outstation Di Kedah

kondom dalam poket seluar suami

Oh! Tidak

Suami Kantoi ‘Makan Luar’ Lepas Isteri Jumpa Kondom Dalam Poket Balik Outstation Di Kedah

Betapa hancurnya hati seorang isteri apabila mendapat tahu suami bermain kayu tiga di belakangnya. Segala kepercayaan dalam perkahwinan selama ini hancur sekelip mata disebabkan perbuatan si suami.

ADVERTISEMENT

BACA: Dapat Tahu Bukan Anak Kandung Bapa Lepas 35 Tahun, Ibu ‘Curang’ Masa Abah Outstation

Di Twitter, seorang wanita berkongsi kisah kepada selebriti TV, Ahmad Fedtri Yahya bahawa dia menjumpai kotak kondom dalam poket seluar suaminya selepas pulang daripada kerja di Kedah.

Jumpa kondom dalam poket seluar suami lepas balik outstation

Katanya, satu pek kondom didapati sudah dipakai membuatkan hatinya berkecai. Difahamkan dia tak dapat ikut suami ke Kedah kerana mencari kerja di Career Fair KLCC.

kondom dalam poket seluar

Ceritanya lagi, mereka dah 4 tahun berkahwin dan suami merupakan seorang yang bergaji besar mencecah 5 angka sebulan.

Suami hanya beri nafkah sebanyak RM60 sebulan dan dia juga perlu berkongsi bayaran sewa rumah, bil api air serta internet walaupun tak kerja. Suami beri alasan ada komitmen yang lain.

Dia terpaksa meminjam wang daripada adik beradik dan ambil upah buat kuih untuk menampung bayaran yang dikongsi bersama suami.

Allahu, apa jenis suami ni? Semoga urusan akak ni dipermudahkan.

Kredit: Twitter Ahmad Fedtri Yahya

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas