Connect with us

Oh! Media

Suami Kantoi Belum Sunat Selepas Kahwin, Wanita Ini Buntu Nak Suruh Berkhatan Cara Baik

Wanita

Oh! Tidak

Suami Kantoi Belum Sunat Selepas Kahwin, Wanita Ini Buntu Nak Suruh Berkhatan Cara Baik

Seorang wanita baru-baru ini meluahkan rasa terkejut selepas mengetahui suaminya belum berkhatan apabila baru saja bernikah. 

Kisah ini dikongsi semula di platform X dan telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

IKLAN

Aku baru tahu tapi wujud ke lelaki belum sunat dekat luar sana? Suami aku pun belum sunat, sumpah tak tahu nak cakap apa.

Buntu cara nak beritahu suami

Wanita itu menjelaskan bahawa dia dan suaminya adalah beragama Islam. Namun, dia keliru bagaimana seorang Muslim boleh mengabaikan kewajiban berkhatan, lebih-lebih lagi menurut Mazhab Imam Syafie.

Tambahnya lagi, dia buntu untuk mencari cara yang sesuai bagi memberitahu suaminya tentang kepentingan berkhatan sebelum mereka menjalani hubungan suami isteri.

Macam mana aku nak beritahu benda ni, nak suruh pergi sunat dulu sebelum bersama.

Pandangan netizen mengenai isu ini

Perkongsian ini telah menarik perhatian ramai, dengan warganet memberikan pelbagai nasihat dan berkongsi pengalaman mereka.

Bawa suami pergi klinik, sunat laser je murah.

Memang wujud orang macam tu, salah mak pak dia. Ada sorang perempuan aku kenal, anak dia dah darjah 5 tapi tak sunat lagi.

Saya pun pernah ada pesakit, dah tua umur 50-an tak sunat. Tak sunat sebab takut, bukan sebab sakit.

Berkhatan ini bukan sahaja wajib bagi umat Islam, tetapi juga penting dari sudut kesihatan. Prosedur ini membantu mencegah pelbagai penyakit serta memastikan kebersihan terjaga.

#OhmediaNasihat

Kisah ini menjadi peringatan kepada semua tentang kepentingan pendidikan awal dalam agama dan kesihatan. Sebagai pasangan, komunikasi terbuka amat penting untuk mengatasi isu sensitif seperti ini. Jangan malu untuk mendapatkan bantuan profesional bagi menyelesaikan masalah.

Wanita

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: X


Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Di Youtube

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas