Connect with us

Oh! Media

Suami Dipenjara, Wanita Didakwa Lakukan Amang Seksual, Rakam Video Anak Kandung

amang seksual anak kandung

Oh! Tidak

Suami Dipenjara, Wanita Didakwa Lakukan Amang Seksual, Rakam Video Anak Kandung

Ketika suami sedang menjalani hukuman penjara, seorang wanita didakwa tergamak melakukan amang seksual fizikal terhadap dua anak kandung.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Utusan TV, tertuduh yang berusia 33 tahun didakwa mengikut Seksyen 14(a) dan 14(b), Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 yang dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama.

Ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang hari ini, tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mahkamah menetapkan 26 Jun depan bagi sebutan semula kes.

@utusantvofficial Tertuduh yang berusia 33 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah. #amangseksual #ponografi #fyp #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok ♬ original sound – UtusanTV

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh berdepan tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua anak kandung lelakinya yang masing-masing berusia 14 dan 12 tahun ketika kejadian.

Kesalahan itu didakwa berlaku di sebuah pangsapuri di Puncak Alam, Kuala Selangor sekitar jam 8 malam pada bulan November tahun lalu.

Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan hukuman sebat.

Tertuduh juga mengaku tak bersalah untuk pertuduhan keempat iaitu dakwaan mengarahkan satu pembuatan pornografi kanak-kanak dalam bentuk video. Kesalahan didakwa berlaku pada 17 Februari 2022 sehingga 18 Februari 2022 sekitar jam 2 pagi di sebuah bilik hotel di Sungai Buloh.

Untuk pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 5 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak 2017 [Akta 792] di mana jika sabit kesalahan tertuduh berdepan hukuman penjara tidak lebih 30 tahun dan hendaklah dihukum dengan hukuman tidak kurang enam kali sebatan.

anak kandung

Selain tertuduh, rakannya iaitu Haddad Mohd Radhi turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 15 tahun yang merupakan anak kandung kepada wanita terbabit.

Pertuduhan itu didakwa dilakukan antara 17 Februari 2022 sehingga 18 Februari 2022 lebih kurang jam 2 pagi di sebuah bilik hotel di Sungai Buloh.

Terdahulu, media melaporkan seorang wanita direman 5 hari selepas pihak polis menerima laporan daripada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang mendapat maklumat menerusi sebuah video yang diperoleh daripada individu tidak dikenali.

Difahamkan, kesemua anak suspek yang berusia sembilan hingga 17 tahun kini berada di bawah jagaan JKM.

BACA: Bapa Terima Balasan Selepas Merogol Anak Kandung Sampai Hamil

Kredit: Utusan TV

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas