Connect with us

Oh! Media

Suami Dakwa Anggota Polis Ganggu Isteri, Dah Setahun Berskandal

polis melaka kacau isteri orang

Oh! Tidak

Suami Dakwa Anggota Polis Ganggu Isteri, Dah Setahun Berskandal

Tular di Facebook semalam video mendakwa seorang anggota polis yang bertugas di Balai Polis Ayer Keroh, Melaka menjalinkan hubungan sulit dengan isteri orang.

ADVERTISEMENT

Dalam hantaran itu, seorang lelaki mendakwa hubungan isterinya dan anggota terbabit telah berlarutan sehingga setahun menyebabkan rumah tangga yang dibina selama 9 tahun kucar kacir.

Anggota polis disiasat dakwaan ada skandal dengan bini orang

anggota polis kacau isteri orang
Foto: majoriti

Memetik laporan Buletin TV3, suami wanita terbabit telah tampil melaporkan dakwaan salah laku anggota berusia 36 tahun yang dikatakan mengganggu isterinya.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asistan Komisioner Christopher Patit berkata, susulan laporan itu pihaknya telah membuka satu kertas siasatan kes.

Perkara ini sedang dalam siasatan lanjut meliputi pelbagai elemen dan kami juga perlu hantar sampel video itu ke forensik untuk kami tentukan kesahihan yang dibuat oleh pengadu.

Siasatan kes itu dijalankan oleh D11 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) di bawah Sesyen 498 Kanun Keseksaan kerana kesalahan memikat dan memperdaya isteri orang.

Setakat ini, anggota itu masih menjalankan tugas seperti biasa.

Terdahulu, Kementerian Dalam Negeri (KDN)  melaporkan sejak 2018 hingga Januari 2023 seramai 339 pegawai polis mempunyai masalah disiplin telah melalui proses pertukaran di seluruh negara.

Antara kesalahan yang dibuat adalah mempunyai hubungan intim dengan pegawai polis yang telah berkahwin sehingga mengganggu keharmonian rumah tangga, ditangkap atas kesalahan berkhalwat dengan pegawai polis yang telah berkahwin, dan terlibat dalam kegiatan dan aktiviti tidak bermoral.

BACA: Lebih 300 Pegawai Polis Ditukar Tempat Kerja Kerana ‘Projek’ Dan Khalwat Dengan Anggota Dah Kahwin

Kredit: Buletin TV3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas