Connect with us

Oh! Media

Suami ‘Cabut Lari’ Lepas Akad Nikah, Tak Terima Isteri Hamil Anak Luar Nikah

Ohmedia pengantin

Oh! Tidak

Suami ‘Cabut Lari’ Lepas Akad Nikah, Tak Terima Isteri Hamil Anak Luar Nikah

Sebelum ini, tular satu foto memaparkan seorang pengantin perempuan bersanding berseorangan di atas pelamin dan telah menjadi tanda tanya warganet.

Pengantin perempuan itu berusia 16 tahun dan dia sepatutnya bersanding bersama suaminya yang berusia 18 tahun.

Namun, lelaki itu kelam kabut melarikan diri dengan menunggang motosikal sebaik sahaja selesai akad nikah mereka.

IKLAN

Difahamkan, pasangan itu sebenarnya dinikahkan atas persetujuan kedua-dua keluarga selepas mereka berdua telah terlanjur sehingga perempuan itu disahkan hamil.

Malah, bagi menutup aib keluarga mereka membuat keputusan untuk menyatukan kedua-duanya di pejabat agama dengan mahar sekitar RM900.

Suami

Walau bagaimanapun, sehari sebelum diijab kabulkan pengantin lelaki terkejut apabila mendapat tahu majlis bersanding bakal dijalankan.

Tambahan, keluarga pengantin perempuan rupa-rupanya membuat keputusan berkenaan tanpa berbincang terlebih dahulu dan ia membuatkan keluarga belah lelaki tidak bersetuju.

Dalam pada itu, pada hari pernikahan mereka keluarga pengantin lelaki itu dikatakan membawanya lari kerana malu disuruh bersanding dengan isteri yang hamil anak luar nikah.

Suami

Cukup lama kita musyawarah soal pernikahan, bahkan sampai dua bulan baru kemudian disetujui untuk menikahkan, tapi itu setelah ada kesepakatan bersama untuk nikah tanpa ada resepsi.

Bukan itu sahaja, pihak keluarga lelaki juga berasa curiga apabila usia kandungan sudah mencecah 6 bulan sedangkan mereka berdua pula baru berkenalan selama 4 bulan.

BACA: Isteri Hilang Sehari Lepas Nikah, Rupa-Rupanya Menyorok Rumah Bekas Kekasih

Sebelum ini kami ada kongsikan kisah seorang isteri yang hilang selepas majlis akad nikahnya, sehingga suaminya terpaksa membuat hebahan di media sosial. Walau bagaimanapun, isterinya sudah dijumpai di rumah bekas kekasihnya selepas hilang selama lapan hari.

Kredit: TribunNews

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas