Connect with us

Oh! Media

‘Spotcheck’ Handphone Budak Darjah 2, Terkejut Bila Baca Chat Dia..

Trending

‘Spotcheck’ Handphone Budak Darjah 2, Terkejut Bila Baca Chat Dia..

Telefon pintar kini dianggap sebagai barangan ‘keperluan’ kerana memudahkan urusan seperti pembelajaran dan sebagainya tak mengira usia. Tapi, sejauh mana ia berikan kebaikan kepada kita semua?

ADVERTISEMENT

BACA : “Boleh Bocor Kepala Budak” – Lelaki Ini Kongsi Foto Taman Permainan Paling Bang*ang Tahun 2022?

Malam tadi seorang pengguna di Facebook berkongsi mengenai tangkap layar mesej di Whatsapp pada telefon pintar budak darjah 2.

Seram pula tengok budak darjah dua sekarang.

Dia yang memegang akaun bernama Suziana Basa mengatakan bahawa perkara ini terus membuka mata sendiri untuk semak telefon bimbit anak-anaknya kerana bimbang perkara yang sama akan jadi.

Suziana juga memesan kepada semua ibubapa agar periksa telefon pintar anak korang supaya perkara sebegini tidak terjadi kepada anak-anak. 

Menerusi satu posting lain yang dimuatnaiknya lagi, Suziana menjelaskan bahawa tujuan berkongsi perkara itu bukanlah untuk memalukan budak tersebut, tetapi untuk memberi kesedaran kepada semua termasuklah dirinya sendiri.

Hati saya hancur, terus terbayang muka anak sendiri.

Tidak salah untuk memberikan telefon pintar kepada anak-anak untuk urusan pembelajaran atas talian, tapi jangan pula kita lalai untuk memantau agar perkara yang tidak diingini dapat dielakkan. Yelah, budak baru darjah 2 kot.

Apa pandangan korang? Memang seram pun kan. Apapun, ibubapa dekat luar sana tu jangan nampak benda macam ni hal yang kecik, takut makin lama makin buruk jadinya.

Kredit: Facebook Suziana Basa

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas