Connect with us

Oh! Media

‘Sijil Degree Tak Boleh Selamatkan Mereka Dari Dajjal’ – Zul Yahya Berhentikan Anak-Anak Dari Sekolah

Trending

‘Sijil Degree Tak Boleh Selamatkan Mereka Dari Dajjal’ – Zul Yahya Berhentikan Anak-Anak Dari Sekolah

Pelakon Zul Yahya yang pernah membintangi drama Papaya suatu ketika dulu mengaku bahawa dia dan isteri telah memberhentikan anak-anaknya dari sekolah. Apa cerita ni gais?

ADVERTISEMENT

Menerusi satu posting di akaun Instagram miliknya, Zul Yahya sendiri mengatakan yang dia ingin anak-anaknya lebih berjaya di akhirat nanti, bukannya tak ambil berat langsung tetapi ilmu akhirat itu lebih penting. 

Menerusi laporan Astro Gempak pula, semasa Zul Yahya buat live di Instagram pun dia turut mengatakan hal ini dan menyoal adakah degree mampu menyelamatkan anak-anaknya dari dajjal.

Saya dan isteri berpakat ini jalan yang terbaik. Hari ini bukan zaman nak kejar anak dapat berapa A tapi ilmu akhirat yang masih lagi nipis.

Mereka memang sudah diberhentikan sekolah. Apa yang penting adalah ilmu agama. Dalam agama pasti ada kejayaan, bukan di akhirat tetapi di dunia lagi.

Dunia semakin tua takkan tak nampak, sistem yang datang kepada kita hari ini luar biasa dan ramai yang rasa boleh hidup lama.

Saya sendiri sudah berusia 50 tahun, apa akan jadi 50 tahun akan datang. Bagaimana agama dalam diri anak-anak kita? mampukan degree dan master menyelamatkan mereka daripada dajjal?

Apapun, biarlah Zul Yahya sebagai bapa mendidik anak-anaknya sedemikian, kita ni tak perlu pun nak mempertikaikan apa-apa okay.

Kredit: Astro Gempak | Instagram Zul Yahya

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas