Connect with us

Oh! Media

Seorang Lelaki Maut Dirempuh Empat Kenderaan

Ohmedia maut

Oh! Tidak

Seorang Lelaki Maut Dirempuh Empat Kenderaan

Seorang lelaki, R Thiru Murugan, 26, maut selepas dirempuh sebuah kenderaan di kilometer 24.9 Lebuhraya Utara-Selatan (arah Uatra), di Rembau, pagi Jumaat ini. 

Mangsa maut yang tinggal di Taman Universiti, Skudai, Johor, telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian, kata Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad.

Menurutnya juga, kejadian itu terjadi pada jam 7.24 pagi  dengan membabitkan empat buah kenderaan iaitu Toyota Vios yang dinaiki mangsa maut, Hyundai Tucson, Honda City dan kenderaan Perodua Myvi.

IKLAN

Memetik laporan dari Sinar Harian, siasatan awal telah mendapati pemandu kenderaan Toyata Vios yang dipandu oleh bapa mangsa di lorong kanan dari arah Johor menghala ke Selangor.

Semasa sampai di tempat kejadian, tiba-tiba pemandu Hyundai Tucson yang mengekori dari arah belakang hilang kawalan melanggar Toyota Vios dan menggelungsur melanggar kenderaan Honda City yang berada di hadapan Toyota Vios di lorong yang sama.

Pemandu Toyata Vios itu sempat keluar dari kenderaan dan meminta anaknya untuk menyalakan lampu suluh bagi memberi amaran kepada kenderaan lain.

Tiba-tiba, pemandu Perodua Myvi yang memandu di lorong tengah dari arah belakang hilang kawalan dan melanggar kenderaan dinaiki mangsa.

Mangsa yang masih lagi berada di dalam kenderaan Toyota Vios itu mengalami beberapa kecederaan yang serius dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kesan daripada kemalangan tersebut mangsa mengalami beberapa kecederaan yang serius dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

BACA: Mangsa Sedang Tidur”, Kanak-Kanak Lelaki Maut Selepas Bilik Terbakar

Sebelum ini, kami ada kongsikan berita mengenai seorang kanak-kanak berusia 2 tahun maut selepas rumah yang didiaminya terbakar.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas