Connect with us

Oh! Media

Sengaja Hantar Mesej Lucah Kepada Wanita Tidak Dikenali, Lelaki Didenda RM6k

Trending

Sengaja Hantar Mesej Lucah Kepada Wanita Tidak Dikenali, Lelaki Didenda RM6k

Seorang lelaki yang menghantar mesej lucah melalui Whatsapp kepada seorang wanita yang tidak dikenalinya tidak mengaku bersalah dan didenda RM6,000 di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini.

ADVERTISEMENT

BACA : Lelaki Didenda RM2,500 Selepas Hina Polis Di Facebook

Menurut laporan Harian Metro, kejadian berlaku pada 2 tahun lepas dan lelaki berkenaan akan dikenakan hukuman penjara selama 3 bulan apabila gagal membayar denda berkenaan.

Lelaki tersebut dikatakan secara sengaja menghantar mesej lucah itu, betul cari pasal!

Dia telah didakwa mengikut Seksyen Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang boleh dikenakan denda maksimum sebanyak RM50,000 atau penjara tidak lebih daripada setahun atau kedua-duanya sekali. 

Bukan tu jer, denda sebanyak RM1,000 setiap hari selepas disabitkan kesalahan juga boleh dikenakan.

Walau tidak mewakili peguam, lelaki berkenaan merayu agar hukumannya diringankan kerana merupakan bapa tunggal dan menanggung dua orang anak serta ibu yang sedang uzur. 

Bagaimanapun, hukuman setimpal dimohon Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Nur Nazhzilah Mohammad Hashim untuk memberi pengajaran kepadanya supaya tidak mengulangi perkara sedemikian.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas