Connect with us

Oh! Media

Sempadan Malaysia-Singapura Dibuka Tanpa Perlu Kuarantin

malaysia-singapura

Trending

Sempadan Malaysia-Singapura Dibuka Tanpa Perlu Kuarantin

Setelah setahun, akhirnya sempadan Malaysia dan Singapura kini akan dibuka pada 29 November kepada mereka yang telah lengkap dua dos vaksinasi Covid-19, tanpa perlu kuarantin.

ADVERTISEMENT

BACA: Nak Travel Tapi Border Tak Buka Lagi? Jom ‘Travel’ Ke 5 Lokasi Menarik Di Singapura Dari Rumah Korang Je!

Menerusi laman Berita Harian, sempadan akan dibuka menerusi laluan udara Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menyatukan keluarga yang terpisah lama

malaysia-singapura

Kebenaran menerusi skim Laluan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) itu telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan rakan sejawatannya, Lee Hsien Loong dalam satu kenyataan. Keputusan negatif ujian Covid-19 diperlukan bagi semua pelancong untuk menggantikan kuarantin yang tidak perlu dijalankan itu.

Dalam kenyataan, Perdana Menteri mengakui penutupan sempadan akibat dari Covid-19 ini telah memisahkan banyak keluarga selama hanpir setahun dan pembukaan ini bakal menyatukan mereka yang sudah lama terpisah.

Kedua-dua Perdana Menteri berharap dapat memulihkan perjalanan merentasi sempadan darat antara dua negara berjiran dalam masa terdekat.

Mereka gembira melihat kemajuan yang baik dalam perbincangan terperinci berterusan mengenai skim perjalanan sama untuk membuka semula perjalanan merentasi Tambak Johor dan LinkKedua dengan mengambil kira situasi kesihatan awam di Johor dan Singapura.

Menurut Ismail Sabri, VTL merupakan satu pencapaian penting dalam kerjasama Malaysia-Singapura yang sudah terjalin lama.

VTL akan membenarkan perjalanan kedua-dua negara secara beransur-ansur membuka semula sempadan secara bertanggungjawab dengan mengimbangi keperluan untuk memulihkan ekonomi kita sambil memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat daripada COVID- 19.

Saya berharap skim perjalanan ini dilaksanakan secara efektif sebagai tambahan kepada usaha yang dibangunkan sebelum ini untuk memudahkan pergerakan orang dan barangan antara Malaysia dan Singapura.

Kebenaran untuk merentasi kedua buah negara ini bakal membantu memulihkan ekonomi negara, hubungan rakyat dan mengukuhkan hubungan dua hala. Semoga pembukaan Malaysia-Singapura ini dapat mengubat rindu bagi mereka yang sudah lama tidak pulang ke Malaysia berjumpa dengan kaum keluarga.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas