Oh! Tidak
Seminggu Kahwin, Pengantin Baru Menangis Kerana Penat Jadi Isteri, “Biasa Bangun Jam 11”
Pada
Oleh
Bila dah berumah tangga, pasangan suami isteri mempunyai satu tanggungjawab baru yang harus dipikul. Mereka mula berdikari dan tak lagi bergantung dengan orang tua seperti waktu bujang dahulu.
Seperti video viral di TikTok ini, seorang wanita menangis mengadu letih selepas seminggu berkahwin. Menurut pengantin baru itu, selama dia hidup segala urusan rumah termasuk memasak disediakan oleh ibu.
@baihakidisini lucuu bangett istrikuuu 😅 #fyp #foryoupage #couple ♬ Backsound Lucu – Faid rafanda
Bila berkahwin, dia mula belajar bangun pagi untuk menyediakan sarapan kepada suami. Wanita itu merindukan rutin bujang di mana dia bangun pada pukul 11 pagi.
Penat urus orang. Biasa ibu yang uruskan semuanya. Bangun pagi-pagi mengantuk. Selalu bangun pukul 11 dan makanan dah ada atas meja.
Dengan linangan air mata, si isteri berkata dia sangat mengantuk dan meminta suami untuk menyediakan makanan sendiri. Namun, suami memujuknya berkata lama-kelamaan isteri akan terbiasa dengan rutin baru itu.

Setakat ini, video perkongsian itu telah mendapat lebih 44 juta tontonan dan 80,000 komen. Rata-rata meluahkan rasa terhibur melihat gelagat pengantin baru itu. Tak kurang juga yang bimbang dengan nasib mereka apabila berkahwin kelak. Iyalah, bila dah kahwin mana boleh buat perangai bujang ye dak?
Kredit: TikTok
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
MAIS bimbang ayam dari sebuah pusat penyembelihan di Puchong yang disyaki mati sebelum disembelih turut dibekalkan...
Dua wanita tempatan ditahan polis selepas didakwa menghalang dan mengasari seorang anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran...
Pengetua sebuah sekolah di Bagan Datuk yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap pelajar Tingkatan Tiga tampil...
Seorang ibu merayu anak perempuannya, Nor Alieya Maisarah Mohd Hassan supaya segera pulang ke rumah selepas...
Seorang bekas pemain bola sepak didakwa di Mahkamah Majistret Alor Setar atas pertuduhan mengedar dadah jenis...