Connect with us

Oh! Media

Selepas Budak Rohingya, Kini Wanita Rohingya Pula Ketuk Pintu Rumah Minta Sedekah!

rohingya

Trending

Selepas Budak Rohingya, Kini Wanita Rohingya Pula Ketuk Pintu Rumah Minta Sedekah!

Oh! Media sebelum ini ada kongsi tentang kanak-kanak Rohingya yang meminta sedekah di jalanan secara kasar dan membuatkan netizen geram dengan tindakan kanak-kanak tersebut.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Budak Rohingya Berjaya Ditangkap, Netizen Suruh “Kutip Bagi Habis!”

Kalau korang nak tahu, bukan je budak-budak Rohingya yang berani minta sedekah secara kasar, tapi baru-baru ni tular sebuah video yang menunjukkan wanita warga Rohingya masuk ke kawasan rumah sesuka hati dan mengetuk pintu setiap rumah untuk meminta sedekah.

Tunggu depan pintu nak minta sedekah

@idaaleesa kaum wanita rohingya memang mintak sedekah pergi rumah ke rumah eh? #thisisterengganu ♬ الصوت الأصلي – R

Menerusi video yang dikongsikan oleh @idaaleesa, kelihatan wanita berpakaian baju kurung dan tudung pink sedang cekak pinggang tunggu tuan rumah buka pintu nak minta sedekah.

Perbuatan wanita tersebut mendapat kecaman dari netizen yang melihat video tersebut. Pemilik video menyatakan, ada dua orang yang datang tetapi lagi seorang terlindung di sebalik baju yang tergantung.

Kejadian ini difahamkan berlaku di Batu Buruk, Terengganu. Kata tuan rumah, rumahnya tiada pagar dan berada di tepi jalan.

Ramai netizen yang geram dengan tindakan wanita ini dan meminta tuan rumah untuk sentiasa kunci pintu, yela takut juga kalau diorang ni berani buka pintu pula kan!

Ramai juga yang kongsi di kawasan perumahan mereka dimana ada beberapa orang Rohingya yang meminta sedekah. Memang agaknya diorang ni dah berkeliaran ke serata tempat minta sedekah kan? Takut pula rasa!

rohingya
rohingya

Ada juga yang kata makin diberi duit, makin kerap pulak dia datang ke rumah. Jadi, untuk keselamatan semua, kalau terjumpa orang macam ni dekat depan rumah ke, dekat tengah jalan ke, buat tak nampak je okay? Risau nanti tiba-tiba diorang buat benda tak betul paksa bagi duit lebih. Bukan boleh percaya sangat orang sekarang ni. Apa-apa pun, hati-hati okay!

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas