Connect with us

Oh! Media

“Saya Yang Tampal Bungkusan Pelanggan Terkoyak” – Pekerja Syarikat Penghantaran Beri Penjelasan

syarikat penghantaran

Oh! Tidak

“Saya Yang Tampal Bungkusan Pelanggan Terkoyak” – Pekerja Syarikat Penghantaran Beri Penjelasan

Sebab itulah apa sahaja perkara yang sedang kita lakukan ketika berada di tempat kerja, kalau boleh jangan rakam dan sebarkan di media sosial. Boleh rakam jika itu perlu untuk dijadikan report untuk majikan. Itulah apa yang berlaku dengan syarikat penghantaran ni.

ADVERTISEMENT

Ohmedia kata macam ni sebab tidak mahu kejadian sama terjadi macam yang dilalui seorang pemuda yang kerja di sebuah syarikat penghantaran. Pemuda ini terpaksa menanggung akibat selepas rakannya merakam dan kongsikan kelakuannya di aplikasi TikTok.

Dalam video itu, Ahmad Firdaus Al-Farabie dilihat memegang bungkusan terkoyak berisi pisang milik pelanggan dan tersebar di media sosial sehingga mengundang kecaman ramai.

Ini penjelasan penuh pemuda terbabit. Dakwa ia memang sudah terkoyak…

Ya, dalam video itu memang saya. Ceritanya, masa itu kami tengah asing-asingkan bungkusan. Saya perasan parcel tu terkoyak dan ia memang dah terkoyak dari atas lori lagi.

Saya memang tak buka parcel customer selama bekerja di situ. Tapi parcel itu terkoyak dan isinya iaitu pisang terkeluar. Saya tunjuk dekat kawan sekerja, sekadar nak cakap customer tu beli pisang.

BACA: Staf Akui Kesilapan Buli Gelandangan, Majikan Suruh Cium Kaki Minta Maaf

Jadi masa itu saya check parcel dulu dan nak pergi tampal bahagian terkoyak. Tapi masa saya pegang pisang yang terkeluar tu, kawan saya ambil video dan saya tak perasan.

Syarikat penghantaran beri dua pilihan…

Firdaus kemudian mendakwa kawannya kongsi video di TikTok tanpa pengetahuannya. Selepas isu ini tersebar, pihak atasan memanggil mereka berdua dan memberikan dua pilihan sama ada diberhentikan atau berhenti sendiri.

Dia kini sedang menanti keputusan pihak atasan selepas memberitahu apa sebenarnya yang berlaku kepada pengurus syarikat dan mengharapkan agar tindak diberhentikan.

Kredit: mStar

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas