Connect with us

Oh! Media

“Saya Terkilan”- Abang Viva Belum Dapat Bantu, Arus Deras Di Hulu Terengganu

abang viva

Oh! Tidak

“Saya Terkilan”- Abang Viva Belum Dapat Bantu, Arus Deras Di Hulu Terengganu

Abang viva, atau nama sebenarnya Azwan Omar yang sudah tiba di Terengganu pada jam 4 pagi tadi masih belum dapat membantu mangsa banjir di negeri tersebut kerana air terlalu deras.

ADVERTISEMENT

BACA: ‘Wira’ Banjir, Azwan Omar Tiba Di Terengganu Untuk Salur Bantuan

Menerusi laporan Utusan, Azwan menyatakan situasi arus deras itu berisiko untuk bot-bot masuk ke tempat yan terputus hubungan jalan darat.

Saya terkilan lewat sampai kerana di lokasi pertama tadi paras air makin surut dan mangsa-mangsa pun sudah berpindah. Bagaimanapun, di beberapa lokasi lain di daerah ini arus masih lagi deras dan berisiko untuk bot masuk.

abang viva

Selepas misi di Terengganu selesai, Azwan merancang untuk menuju ke Kelantan dan bantu mangsa banjir di sana pula. Namun semuanya bergantung kepada keadaan banjir di negeri pantai timur ini.

Semoga Azwan dan mereka yang membantu mangsa banjir diberikan keselamatan dan perlindungan sepanjang berada di kawasan yang berisiko.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas