Connect with us

Oh! Media

“Saya Tengah Siapkan Assignment” – Pelanggan Lupakan Hasrat Nak Makan Di FamiCafe Kerana Pelajar IPT

Pelajar Ipt

Oh! Tidak

“Saya Tengah Siapkan Assignment” – Pelanggan Lupakan Hasrat Nak Makan Di FamiCafe Kerana Pelajar IPT

Ha sekarang kan dah masuk minggu kritikal buat semua pelajar IPT dan kita boleh nampak ramai golongan ni selesaikan tugasan di premis yang menyediakan Wi-Fi namun difahamkan ada juga yang tak senang tengok mereka. Kenapa pula ni?

BACA: Polis Tahan 2 Pelajar IPT Disyaki Terlibat Dalam Kes Serangan Balai Polis

Menerusi satu hantaran di Facebook di group ‘Saya Anak Perlis’, seorang pengguna mengadu beberapa pelajar IPT dikatakan mementingkan diri kerana menggunakan tempat dalam tempoh masa yang lama.

IKLAN

Lagi yang buat pengadu tersebut bengang apabila menerima jawapan yang diberikan oleh pelajar selepas bertanya berapa lama lagi mereka berada disitu.

Lama lagi bang. Saya tengah siapkan assignment.

Katanya, pelajar tersebut juga tidak membeli makanan dan masih berdegil walaupun sudah ditegur oleh staf.

Kalau jenis yang macam ni, orang Perlis kata ketegaq ni.

Harap family Mart lebih cakna bab ini.

Facebook anak perlis

Banyak lagi perpustakaan dan tempat lain untuk belajar dan buat tugasan. Kesian kat pengadu sebab daripada nak makan terus tak jadi. Semoga pihak Family Mart tampil untuk selesaikan masalah ni.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas