Connect with us

Oh! Media

Netizen Terkejut! Pelajar IPT Dedah Dapat Elaun RM10,000 Sebulan?

Ohmedia elaun pelajar ipt

Oh! Tidak

Netizen Terkejut! Pelajar IPT Dedah Dapat Elaun RM10,000 Sebulan?

Baru-baru ini, sebuah video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai scholarrzz telah mengejutkan ramai netizen apabila pendedahan mengenai jumlah elaun yang diterima oleh beberapa pelajar IPT mencecah hingga RM10,000 sebulan.

Video tersebut mendedahkan bahawa kebanyakan pelajar menerima elaun daripada biasiswa, pinjaman, serta pemberian ibu bapa setiap bulan.

Pelajar IPT dedah terima elaun mencecah RM10,000!

Ramai terkejut apabila mengetahui ada pelajar yang memperoleh elaun bulanan hampir menyamai pendapatan mereka yang sudah bekerja.

IKLAN

Disebabkan saya dapat biasiswa dan diberi oleh ibu bapa, campur dua-dua lebih kurang RM10,000.- Kata salah seorang pelajar IPT.

Selain daripada pendedahan mengenai RM10,000, ada juga pelajar yang memaklumkan bahawa RM3,000 adalah jumlah minimum yang mencukupi untuk menampung kehidupan seorang pelajar pada masa kini.

Namun begitu, beberapa responden lain menyatakan bahawa elaun bawah RM1,000 sebulan sudah memadai, terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar.

Netizen terkejut dan risau…

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa terkejut dengan jumlah elaun yang diterima sesetengah pelajar IPT ini, kerana ia hampir menyamai gaji mereka yang bekerja sepenuh masa.

Ada juga yang meluahkan rasa bimbang terhadap masa depan anak-anak mereka nanti, dengan kos kehidupan sebagai pelajar yang semakin meningkat.

#OhmediaNasihat

Bagi ibu bapa dan pelajar, penting untuk merancang kewangan dengan bijak. Elaun yang diterima seharusnya diuruskan dengan cermat untuk memastikan kehidupan sebagai pelajar lebih teratur dan tidak membebankan masa depan.

Pengurusan kewangan yang baik dari awal mampu membantu membina asas kehidupan yang lebih stabil selepas tamat pengajian nanti.

Ohmedia elaun pelajar ipt

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas