Connect with us

Oh! Media

“Saya Simpan Kereta Tu Sebab Marah…” – Norhizam

Norhizam

Trending

“Saya Simpan Kereta Tu Sebab Marah…” – Norhizam

Datuk Norhizam Hassan Baktee yang merupakan Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Melaka berjanji untuk pulangkan kenderaan rasmi kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

ADVERTISEMENT

BACA : Kerajaan Negeri Rayu Norhizam Pulang Aset Kerajaan?

Menurut laporan Berita Harian, perkara itu akan dilakukannya secepat mungkin selepas menyelesaikan beberapa aspek terlebih dahulu. Norhizam dikatakan mungkin memulangkannya pada hari ini ataupun esok.

Saya tidak mahu kereta itu kerana saya pun ada kereta, tetapi saya tidak puas hati kenapa EXCO lain masih dibenarkan menggunakan kenderaan rasmi sedangkan kerajaan negeri sudah tiada?

Selama ini, saya simpan kereta itu kerana saya marah, hanya saya dan Datuk Seri Idris Haron serta Datuk Noor Effandi Ahmad yang diarah memulangkan kereta sedangkan EXCO lain bebas ke hulu ke hilir dengan kereta rasmi.

Sebelum ini, Norhizam diminta untuk membuat pemulangan segala aset kerajaan selepas tindakannya yang telah hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap Ketua Menteri sementara dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ts. Kamel Mohamad.

Aset yang dikatakan itu adalah kenderaan rasmi yang telahpun diamanahkan terhadapnya selama memegang jawatan sebagai ADUN dan Exco sebelum ini. 

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas