Connect with us

Oh! Media

Kerajaan Negeri Rayu Norhizam Pulang Aset Kerajaan?

Norhizam

Trending

Kerajaan Negeri Rayu Norhizam Pulang Aset Kerajaan?

Bekas Exco kerajaan negeri yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee perlu memulangkan semua aset kerajaan.

ADVERTISEMENT

BACA : Tidak Gentar Diserang 7 Ahli Pembangkang, YB Norhizam Perjelas Punca Sebenar

Menurut laporan Sinar Harian, pemulangan itu perlu dibuat selepas tindakan Norhizam yang telah hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap Ketua Menteri sementara dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ts. Kamel Mohamad.

Mewakili kerajaan negeri saya merayu dan mohon kerjasama mantan Exco menyerahkan semula aset kerajaan.

Aset itu dikatakan kenderaan rasmi yang telahpun diamanahkan terhadapnya selama memegang jawatan sebagai ADUN dan Exco sebelum ini. 

Sekiranya lebih cepat Datuk Norhizam memulangkan kereta rasmi, lebih cepatlah saya bersama-sama penjawat awam dapat fokus kepada usaha mensejahterakan rakyat, sekali gus merancakkan ekonomi negeri.

Untuk mengetahuan, yang telah bertindak untuk memulangkan hanyalah bekas ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron manakala ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad meminta untuk ditangguhkan pemulangan aset kerajaan yang masih ada padanya sehingga Isnin depan.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas