Connect with us

Oh! Media

“Saya Mungkin Terkena Sakit Jiwa..” – Uncle Kentang Umum Berehat 30 Hari

Trending

“Saya Mungkin Terkena Sakit Jiwa..” – Uncle Kentang Umum Berehat 30 Hari

Sebut sahaja tentang Uncle Kentang, sudah pasti ramai akan mengenali nama tersebut yang merupakan seorang sukarelawan kemanusiaan yang mendapat perhatian ramai.

ADVERTISEMENT

BACA: “Alasan itu Tidak Boleh Diterima” – Uncle Kentang Kesal Sikap Peminjam Kereta Bantuannya

Aktivis berusia 58 tahun itu terkenal kerana bergiat aktif dalam pelbagai misi bantuan kepada orang yang memerlukan di seluruh Malaysia.

Selain itu, beliau juga mempunyai sebuah organisasi bukan keuntungan bernama Community Policing Malaysia yang bertindak sebagai medium utama misi bantuannya.

Bagaimanapun, berkat usahanya itu, Uncle Kentang juga turut mendapat Anugerah Point Of Light Dari Ratu Elizabeth II terhadap sumbangannya kepada masyarakat.

Uncle Kentang umum berehat, tutup telefon 30 hari

Terbaharu, Uncle Kentang atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng telah memuat keputusan untuk berehat daripada menjawab panggilan orang ramai yang memerlukan bantuan.

Perkara itu dinyatakan menerusi laman Facebooknya selepas mengakui keputusan itu dibuat kerana faktor kesihatan mental dan fizikalnya selepas mendapatkan nasihat doktor.

Tutup telefon 30 hari, doktor pesan saya mungkin kena penyakit sakit jiwa jika saya terus menjawab panggilan telefon. Satu hari tak kurang 100 panggilan masuk dengan pelbagai masalah.

Satu lagi WhatsApp, dari kena rogol, kena dera, kena tinggal suami, kena tinggal isteri, anak, sakit kanser, stroke, luka, gelandangan, bil elektrik tak mampu bayar, tak ada makanan, macam-macam.

Mahu tenangkan diri sebelum kembali berkhidmat

Selain itu, Uncle Kentang juga menyatakan sepanjang tempoh dirinya berehat, dia mahu menenangkan diri sebelum dapat kembali berkhidmat untuk membantu golongan yang memerlukan.

Bagaimanapun, orang ramai yang mempunyai masalah masih boleh berhubung melalui talian hotlinenya dan talian manakala talian kecemasan dibuka untuk kes-kes kemalangan sahaja

Jadi mulai esok (hari ini) handphone saya akan di tutup selama 30 hari. Hanya handphone emergency sahaja di buka untuk kes kemalangan. I cuba tenangkan diri I sebelum balik berkhidmat.

Netizen turut doakan kesihatannya

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen dilihat berasa simpati terhadap keadaan terkini Uncle Kentang selain turut mendoakan agar dirinya kembali sihat seperti dahulu kala.

Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih daripada 7,100 tanda suka dan telah dikongsikan sebanyak 97 kali.

Kredit: Facebook Uncle Kentang I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas